Patut la beli kereta produa kena tunggu lama, RHB dedah jumlah sebenar tempahan tertunggak

Oleh ADINDA

Patut la beli kereta produa kena tunggu lama, RHB dedah jumlah sebenar tempahan tertunggak.

Tempahan tertunggak bagi dua jenama automotif terkemuka di bawah UMW Holdings Bhd yang melonjak ekoran pelancaran baharu pada awal tahun ini, mula menyederhana.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata tempahan tertunggak bagi Perodua menyusut kepada 155,000 unit pada Ogos berbanding 220,000 dan 190,000 unit masing-masing pada Februari dan Mei 2023.

Katanya, tempahan tertunggak Toyota juga menyederhana kepada 40,000 unit pada Ogos daripada 50,000 dan 52,000 unit pada Februari dan Mei.

“Penurunan pesanan tertunggak sebahagian besarnya dijangkakan, memandangkan ia jumlah itu dirangsang oleh pelancaran kereta baharu pada awal tahun dan kekurangan pemangkin baharu untuk mengekalkan tahap tertunggak pesanan yang begitu tinggi,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagi tempoh enam bulan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjual 144,690 unit bagi tempoh dikaji berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Patut la beli kereta produa kena tunggu lama, RHB dedah jumlah sebenar tempahan tertunggak.Tempahan tertunggak bagi dua jenama automotif terkemuka di bawah UMW Holdings Bhd yang melonjak ekoran pelancaran baharu pada awal tahun ini, mula menyederhana.

UMW Toyota Motor pula menjual 57,008 unit bagi tempoh Januari hingga Julai 2023, 8.5 peratus lebih tinggi berbanding 52,548 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Khai Xhiang berkata, pengurusan UMW yakin Toyota dan Perodua mampu mencapai sasaran jualan masing-masing sebanyak 93,000 dan 314,000 unit tahun ini.

“Walaupun 2023 dijangka menjadi satu lagi tahun untuk rekod jualan baharu dengan sasaran 725,000 unit, tempahan tertunggak yang menyederhana dijangka berlaku tahun depan menyaksikan jualan juga menjadi sederhana.

“Tunggakan pesanan Toyota dan Perodua terus berkurangan, menyokong andaian kami bahawa 2024 berkemungkinan akan menyaksikan jualan kereta yang lebih sederhana,” katanya.

RHB Investment Bank berkata, pada suku kedua, jualan kenderaan adalah lebih perlahan disebabkan tempoh yang lebih pendek dan penutupan berjadual di kilang pengeluaran.

“Walaupun jumlah jualan Perodua hanya susut 16 peratus, sumbangan syarikat bersekutu UMW jatuh 37 peratus suku ke suku kerana Perodua berdepan kos buruh (bonus), harga alat ganti tempatan dan perbelanjaan susut nilai daripada model baharu yang lebih tinggi.

“Sebaliknya, pendapatan Toyota jatuh 6.0 peratus tetapi kami menganggarkan marginnya telah berkembang,” katanya.

Baru-baru ini, Sime Darby Bhd melaksanakan perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Pemodalan Nasional Bhd (PNB) untuk mengambilalih 61.2 peratus pegangan PNB dalam UMW Holdings Bhd.

Mengikut terma perjanjian, Sime Darby akan membeli 61.2 peratus saham PNB dengan bayaran tunai keseluruhan sebanyak RM3.57 bilion atau RM5.00 setiap saham.

Sime Darby dalam satu kenyataan berkata, setelah perjanjian itu menjadi tidak bersyarat, ia akan membuat tawaran umum untuk 38.8 peratus saham yang tidak dimilikinya dengan tujuan untuk mengeluarkan UMW Holdings dari Bursa Malaysia.

Pengambilalihan Sime Darby ke atas kepentingan PNB dalam UMW Holdings dijangka menjadikan konglomerat terkemuka itu sebagai gergasi automotif baharu tempatan.

Baca:

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor

Sekolah kenakan cas murid tidur dalam kelas, masing-masing kena tahan ngantuk

Lepas ketuk kepala, muka anak kena lempang sampai sakit gigi, ibu ini dedah kisah guru baran