Telegram merupakan salah satu aplikasi pesanan yang popular di seluruh dunia.
Biasanya, pengguna Telegram akan menyertai saluran (channel) mengikut minat mereka masing-masing.
Selain digunakan untuk menyebarkan maklumat, Telegram juga berfungsi sebagai platform yang baik untuk menjalankan perniagaan dalam talian.
Anda boleh melihat katalog produk dengan mudah dan menghubungi penjual secara terus.
Oleh itu, saluran Telegram dilihat sebagai satu platform penting untuk komunikasi dan bagi mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian.
Namun, seperti media sosial lain, ada juga yang menyalahgunakan fungsi Telegram untuk tujuan yang menyalahi undang-undang. Antaranya termasuk menyebarkan gambar-gambar yang mengaibkan dan lucah, maklumat yang tidak sahih, serta sindiket perjudian dan penipuan dalam talian (scammer).
Lebih lagi, terdapat sindiket perjudian dan penipuan dalam talian yang sering menambah nombor atau akaun Telegram orang ramai tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.
Ada juga pengguna yang suka melakukan ‘troll’ dengan memasukkan orang lain ke dalam kumpulan Telegram yang pelik seperti kumpulan ahli sihir hitam atau pemilik nama sama.
Pada mulanya, ia mungkin kelihatan lucu, tetapi lama-kelamaan anda mungkin bosan dengan perkara yang sama setiap hari, belum termasuk mesej ‘spam’ yang diterima.
Untuk mengelakkan orang asing daripada menambah anda ke dalam kumpulan Telegram yang tidak diingini, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Buka aplikasi Telegram dan pergi ke bahagian “Settings” (Tetapan): Tekan tiga titik di sudut kiri atas skrin anda.
2. Pilih “Privacy and Security” (Privasi dan Keselamatan): Pilihan ini boleh didapati di bawah tetapan.
3. Tekan “Groups & Channels” (Kumpulan & Saluran): Ini terletak di bahagian privasi dan keselamatan.
4. Ubah tetapan “Who can add me” (Siapa yang boleh tambah saya ke kumpulan): Tukar daripada “Everybody” (Semua orang) kepada “My Contacts” (Kenalan Saya).
Dengan melakukan langkah-langkah ini, hanya kenalan yang berada dalam senarai anda yang boleh menambah anda ke dalam kumpulan Telegram.
Jika anda ingin menghalang pengguna tertentu daripada memasukkan anda ke dalam kumpulan Telegram, ikuti langkah berikut:
1. Buka aplikasi Telegram dan pergi ke bahagian “Settings” (Tetapan).
2. Pilih “Privacy and Security” (Privasi dan Keselamatan) dari menu pilihan.
3. Tekan “Blocked Users” (Pengguna Disekat) di bahagian atas dan pilih pilihan tersebut.
4. Pilih “Block User” (Sekat Pengguna): Tekan pilihan ini dan pilih kenalan yang ingin disekat.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat mengawal siapa yang boleh menambah anda ke dalam kumpulan Telegram dan mengelakkan gangguan yang tidak diingini.
BACA: Terbongkar rahsia cara simpan santan segar kalau tiada peti ais, tahan 3 hari!