Memasukkan plastik ke dalam tong sampah besar boleh menjadi satu tugas yang menyusahkan.
Apabila anda menarik plastik dari satu sisi, sisi yang lain juga akan tertarik, menjadikannya sukar untuk dikemaskan.
Melalui satu hantaran di laman YouTube, telah dikongsikan petua untuk memudahkan
proses memasang plastik sampah, sehingga anda tidak perlu lagi berusaha keras.
Walaupun menggunakan ‘jalan pintas’, hasilnya tetap memuaskan kerana plastik sampah dapat diletakkan dengan rapi.
Teknik Mudah Memasukkan Plastik ke Dalam Tong Sampah:
Langkah-langkah:
-Gulung plastik sampah sehingga menjadi tirus dan meruncing.
-Genggam bukaan plastik dengan tangan.
-Masukkan plastik ke dalam tong sampah.
-Lepaskan genggaman tangan dan tarik bukaan plastik untuk disangkut pada sisi tong sampah.
BACA: Cuba tengok cermin, kalau di leher ada tanda-tanda ini, kemungkinan anak hidap penyakit ini