Ada yang mencadangkan supaya pihak berwajib memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik di sepanjang Sungai Klang yang kelihatan tercemar teruk.
Reaksi itu susulan pendedahan bekas Timbalan Presiden YouthCare Malaysia, Arif Hakimi Mohammad Naim yang mengejutkan pengguna media sosial.
Menerusi @arif.positif di akaun TikTok, beliau menunjukkan pelbagai jenis sampah terutamanya botol-botol plastik terapung ketika menaiki sampan ke sungai itu.
Ujarnya, hampir semua permukaan Sungai Klang dicemari dengan sampah sarap walaupun telah dibersihkan oleh sukarelawan yang hadir.
“Selalu ‘kan dengar Sungai Klang ini tercemar? Saya pun pernah dengar, tapi tak sangka seteruk ini pencemarannya.
“Realitinya, pencemarannya tidak berpenghujung. Sangat penuh dengan sampah sarap. Sedih tengok.
“Kami dah berada di sini hampir dua jam. Maksudnya situasi ini bukanlah disebabkan air pasang ke apa.
“Sampah sarap ini memang kat sini. Memang kita kena buat sesuatu untuk betulkan balik,” katanya dalam video tersebut.
Arif juga berkongsikan beberapa sukarelawan lain turut membersihkan sampah sarap di sekitar sungai yang pernah disenaraikan sebagai antara 50 sungai paling kotor di dunia.
Sehingga kini, videonya mendapat lebih 400,000 tontonan, dan lebih 300 perkongsian.
Kerja pembersihan Sungai Klang dilaksanakan di bawah projek Selangor Maritime Gateway (SMG).
Anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) diberi mandat oleh kerajaan negeri, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) untuk menerajui projek SMG.
Projek tersebut meliputi jajaran 56 kilometer Sungai Klang bermula dari sempadan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga ke muara sungai.
Pada Jun tahun lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang sejak 2016 terus mencatatkan penurunan.
Menurutnya, tahap kualiti air di sungai itu berjaya ditingkatkan daripada kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga.
Jelasnya, Sungai Klang mencecah kelas pertama pada musim hujan manakala masalah bau juga semakin berkurangan.
Nik Nazmi juga berkata, penggunaan dua jentera pembersihan sungai (Interceptor) sejak 2019 ‘menangkap’ sampah sarap terutama plastik.
Tambahnya, hal tersebut menunjukkan kejayaan pencapaian kerajaan negeri iaitu MBI dan LLSB.
@arif.positif POV joining a river cleanup volunteer project It’s heart breaking to see how bad the #river pollution is. Clean-ups are definitely not the solution. It’s treating the symptom. But while the real solutions to solve the root causes are unravelling, joining cleanups has been a way for me to constantly remind myself of how bad the situation is, and that we must do our part to protect the #environment. Look out for the next #volunteer project near you! #riverpollution #pencemaransungai ♬ original sound – Arif Positif
Baca:
Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini
Seteguk ‘ginger shot’ setiap pagi dapat jaga dalaman, ini cara mudah DIY di rumah
Udang dah hilang segar, tak sedap? Cuba petua ni dapat kembalikan kesegaran