Realtime website trackingweb stats

Parlimen bersidang 5 hari

Oleh ADINDA

Setelah didesak pelbagai pihak sehingga YDP Agong dan Raja-raja Melayu bertitah berulang kali, akhirnya Perdana Menteri Mahiaddin Yaasin mengumumkan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas akan diadakan selama 5 hari.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen akan diadakan bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.