Realtime website trackingweb stats

Paprik daging, rasa sama macam dekat kedai rupanya mudah dan jimat duit

Oleh ADINDA

Bagi yang gemar makan di luar, menu paprik daging pasti menjadi pilihan, terutama di kedai Siam atau restoran masakan Thailand

Namun, bila cuba buat sendiri di rumah, sering kali rasa tidak sama, atau ada bahan yang kurang.

Tak perlu risau! Anda boleh cuba resipi paprik daging yang dikongsi

oleh Murni Rahmat melalui Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Resipi ini mudah dan pasti memikat selera.

Resipi Paprik Daging

Paprik daging, rasa sama macam dekat kedai rupanya mudah dan jimat duit
Bahan-bahan:

500g daging (jika liat, rebus dahulu)

1 biji bawang Holland (potong dadu)

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1 sudu cili kisar

3 batang serai (potong kasar)

1 inci halia

3 helai daun limau purut

Sedikit sos cili dan sos tomato

Kicap manis

Kiub ayam atau cukup rasa/perasa

Cara-cara:

  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan serai, halia, dan daun limau purut.
  • Tambahkan daging, masak hingga empuk.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, dan kicap manis. Reneh hingga bahan sebati.
  • Akhir sekali, masukkan bawang Holland, tomato, dan daun saderi.
  • Siap untuk dihidang!

Kalau rasa paprik daging sahaja tak cukup, boleh lengkapkan hidangan dengan telur dadar gebu. Dimakan bersama nasi panas, memang bertambah!

BACA: Bukan peguam tarik diri, hakim tarik diri dari dengar rayuan Najib Razak, dah kenapa?