Realtime website trackingweb stats

PANAS! Shila Hamzah ‘sound’ peminat gabung namanya dengan tunangnya Ubai

Oleh ADINDA

PANAS! Shila Hamzah ‘sound’ peminat gabung namanya dengan tunangnya Ubai. Pasangan yang sedang hangat bercinta dan baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini, Shila Hamzah dan Ubai terus menjadi perhatian netizen.

Peminat yang teruja dengan pasangan ini muncul dengan hashtag gabungan nama Shila dan Ubai yang menghasilkan perkataan yang kurang enak pula.

Shila Hamzah 'sound' peminat gabung namanya dengan tunangnya Ubai. Pasangan yang sedang hangat bercinta dan baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan tanda pagar gabungan namanya dengan tunang, Ubaidillah.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah berkata sebutan tanda pagar yang dibuat oleh netizen itu kedengaran tidak sopan.

Malah, penyanyi berusia 32 tahun itu meminta orang ramai untuk berhenti menggunakan tanda pagar tersebut.

Shila Hamzah 'sound' peminat gabung namanya dengan tunangnya Ubai. Pasangan yang sedang hangat bercinta dan baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Hashtag #ShiBai tu bunyi tak elok, lepastu orang ramai suka buat main dengan perkara tu. Jadi saya tak suka.

Dalam pada itu, Shila menganggap dia perlu memberitahu orang ramai mengenai apa yang tidak disukainya dan mereka perlu menghormati perkara itu.

Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menyifatkan netizen yang masih menggunakan tanda pagar itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal fikiran.

Shila Hamzah 'sound' peminat gabung namanya dengan tunangnya Ubai. Pasangan yang sedang hangat bercinta dan baru sahaja mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Kalau mereka buat juga maknanya mereka tak ada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tak suka hashtag itu.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shila memberi cadangan kepada orang ramai untuk menukar tanda pagar gabungan nama mereka.

Kena tukar ni hashtag ini, dah tak nak gabung-gabung nama ya. Ubai dan Shila Amzah je cukup.