“Bukan niat saya nak membalas, tidak. Tapi janganlah cakap begitu.
Sebab saya suka, maka saya akan buat apa yang saya suka. Kalau tak suka, jangan harap.”
Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil memberikan respons terhadap kritikan
Ada peminat yang menuduhnya tidak mempunyai “job” kerana kerap mempromosikan produk kecantikannya.
Menurut Siti, dalam satu siaran langsung (live), dia tidak berniat untuk membalas kritikan tersebut, tetapi merasakan tidak perlu bagi orang di luar sana untuk membuat kenyataan seperti itu.
“Bukan niat saya nak membalas, tidak. Tapi janganlah cakap begitu.
Sebab saya suka, maka saya akan buat apa yang saya suka. Kalau tak suka, jangan harap. Paksa macam mana sekalipun, saya takkan buat okay. Sebab saya sukalah, orang tak suruh pun saya buat,” jelas Siti.
Sebelum ini, pelantun lagu Cindai itu disindir oleh sesetengah individu kerana kerap membuat siaran langsung untuk menjual produk Simplysiti.
Susulan kritikan tersebut, anak tiri Siti, Asyraf Khalid, tampil mempertahankan penyanyi itu.
“Macam mana boleh kata Datuk Siti tak ada job? Tahun ini saja dah berapa banyak konsert.
Rasa macam dia tak sempat nak rehat pun, orang boleh kata tak ada job. Simplysiti adalah sebuah perniagaan, dan perniagaan tersebut perlukan marketing dan promosi juga,” tegas Asyraf.
BACA: Wanita kecewa akaun bank tersekat selepas akaun bank masuk RM404 juta