Realtime website trackingweb stats

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Oleh NURAIMAN

Antara cabaran utama bagi pemilik rumah jenis kecil adalah bagaimana untuk menampakkannya menjadi luas.

Seringkali kita dengar rungutan begini:

“Rumah kecil sangatlah, dah buntu macam mana nak deko-deko supaya tak nampak sempit.”

Sebuah laman preka hiasan dalaman berkongsi tips bagi menyelesaikan masalah ini.

Ramai followers yang request design untuk kediaman supaya ianya tampak luas walaupun ruang kediaman mereka bersaiz kecil.

Siapa nak tahu tips untuk buat rumah kecil tapi nampak luas?

1. Ruang penyimpanan rahsia

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam kediaman kecil adalah ruang penyimpanan yang cukup supaya barangan boleh disimpan dengan rapi dan tidak mencacatkan pandangan

2. Hidden Desk

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Min faham bahawa ramai sekarang ni yang “work and study from home” tetapi, tiada ruang yang cukup untuk meletak meja kerana ruang kediaman sangat terhad.

Apa kata, gunakan meja seperti ini yang boleh dilipat ke dinding semasa tidak menggunakannya.

3. Stripes your way

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Seperti mana baju berjalur boleh memberi efek kepada si pemakai untuk kelihatan lebih besar daripada saiz dirinya yang sebenar, kediaman anda juga boleh mendapatkan efek yang sama dengan menggunakan karpet berjalur yang menampakkan ruang tampak luas.

4. Black or White

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Kita sudah tahu yang warna putih ni sangat sesuai untuk buat kediaman tampak luas.

Tetapi, anda juga boleh menggabungkan warna putih dengan warna lain seperti hitam.

Kontras warna yang berbeza ini menghasilkan “depth” dan ilusi ruang yang lebih besar.

5. Muji your way

Pakar kongsi tips rumah sempit nampak luas, siap boleh buat deko-deko ikut trend terkini lagi

Antara gaya yang sesuai untuk kediaman bersaiz kecil adalah gaya inspirasi “Muji” yang semakin terkenal kerana gaya ini aestetik dan mampu memikat hati sesiapa sahaja.

Gaya ini juga mementingkan ruang penyimpanan dan memastikan tiada apa yang berselerak.

Baca:

Lelaki ditangkap khalwat isteri orang, namun hukuman pelik ini buat suami wanita tersebut tak puas hati

Farid Kamil dedah punca buat dia kembali bersatu dengan Diana Danielle, sukar diluahkan dengan kata-kata

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan