Peti sejuk merupakan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga untuk beroperasi,
Namun ia tetap penting bagi mengekalkan kesegaran bahan mentah dan barangan dapur.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pakar perkakas elektrik, Hairul Vcool, mendedahkan
satu kesilapan lazim yang sering dilakukan pengguna ketika menggunakan peti sejuk.
Menurut beliau, kesilapan ini boleh menyebabkan peningkatan bil elektrik dalam jangka masa panjang.
Kebocoran Udara Sejuk: Aturan Barang di Pintu Peti Sejuk
Hairul Vcool menasihatkan agar tidak meletakkan bekas berat seperti botol air, sos cili, dan barangan lain yang besar pada ruang penyimpanan di pintu peti sejuk.
“Memang pintu peti sejuk direka untuk menyimpan barang, tetapi elakkan menyumbat ruang tersebut hingga penuh. Berat berlebihan boleh menyebabkan pintu menjadi senget ke bawah dari masa ke masa.
“Apabila pintu senget, udara sejuk dari dalam akan bocor kerana pintu tidak dapat ditutup rapat. Akibatnya, sistem peti sejuk perlu bekerja lebih keras, lalu meningkatkan penggunaan elektrik.
“Untuk memeriksa kebocoran, tutup pintu peti sejuk dan lalukan jari pada bahagian getah di tepi pintu.
Jika terasa ada angin sejuk keluar, itu tanda terdapat kebocoran,” jelas Hairul Vcool secara terperinci.
BACA: Kalut balik rumah tapi lapar, ini teknik mudah lembutkan nasi keras, tinggal masak lauk je