Realtime website trackingweb stats

Pakai je pes tomyam jenama ini, ‘confirm’ sedap macam dekat kedai siam!

Oleh NURAIMAN

Pasti ramai yang suka tomyam, kan? Lagi sedap kalau makan di kedai.

Tapi, kadang-kadang susah nak dapatkan rasa tomyam yang sama kalau masak sendiri di rumah.

Bagi korang yang memang penggemar makanan Thailand, jangan risau sebab sebenarnya mudah je nak buat

tomyam yang sedap seperti di restoran. Kali ini, @iffasyzwn telah kongsikan rahsia mengapa tomyam di kedai tu sedap sangat.

Rupanya, ibu kepada wanita ini adalah seorang pemilik restoran, jadi dia sering melihat ibu bapanya memasak di kedai.

Pakai je pes tomyam jenama ini, 'confirm' sedap macam dekat kedai siam!

Selain itu, dia juga berkongsi resepi tomyam menggunakan pes segera. Katanya, pes ini adalah pes tomyam segera, jadi kalau korang malas nak memasak, korang cuma perlu campurkan pes ini dengan bahan-bahan lain dan terus siap!

Jadi, kalau korang tak nak terlalu banyak kotorkan dapur semasa memasak, pes ini adalah penyelesaiannya.

Ramai netizen yang pernah cuba pes tomyam ini dan ada yang mengatakan pes ini juga sedap untuk membuat nasi goreng tomyam. Memang pasti puas hati!

Namun, pes ini agak sukar dicari di Kuala Lumpur kerana ada yang membelinya di Perlis.

Tapi jangan risau, korang boleh cuba cari pes masakan ini di Shopee.

BACA: Jenis-jenis mentega paling premium di Malaysia, no.6 ramai mak-mak guna