Realtime website trackingweb stats

‘Pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan..’ Keluarga mangsa tanah jerlus buat ritual terakhir sebelum pulang India

Oleh NUR KASIH

Seperti yang diketahui, wanita warga India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam 8 meter

Di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu masih belum ditemui.

Setelah beberapa hari usaha mencari dilakukan tanpa hasil, keluarga mangsa terpaksa menerima hakikat

pahit bahawa wanita tersebut mungkin tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, sebelum berangkat pulang ke India, suami, anak lelaki, dan adik perempuan mangsa telah berada di lokasi kejadian untuk kali terakhir.

'Pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan..' Keluarga mangsa tanah jerlus buat ritual terakhir sebelum pulang India

Mereka melakukan upacara keagamaan dengan menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng sebagai ritual Hindu

Selain itu, mereka juga dilihat mengambil segumpal tanah dan memasukkannya ke dalam plastik, mungkin untuk dibawa pulang ke India.

Untuk makluman, keluarga mangsa, Vijaya Laksmi Goli yang berusia 48 tahun, telah berlepas pulang ke negara mereka pada jam 5 petang tadi.

BACA: Atas selamat, bawah macam sungai, tular video individu dedah lubang benam baharu di Jalan Raja Laut