Realtime website trackingweb stats

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang

Oleh ABDULLAH HAMID

Satu kemalangan yang sempat dirakam ‘dashcam’ pengguna jalan raya menyaksikan dua tindakan tidak selamat berlaku serentak yang memang patut pegawai JPJ pun berang.

Laluan motor bersebelahan lebuh raya tak nak guna. Pemandu kereta pula boleh ‘pancung’ dua lorong sekaligus. Akibatnya, berlakulah nahas jalan raya yang bertembung tepat pada masanya.

Rata-rata pengguna jalan raya berpendapat, keengganan penunggang motosikal menggunakan laluan khas untuk mereka bersebelahan beberapa lebuh raya di Lembah Klang adalah menyusahkan orang lain.

Dalam masa sama, pemandu kereta pula perlu lebih peka semasa memotong dengan tidak sewenang-wenangnya ‘pancung’ dua lorong sekaligus ketika trafik sedang sesak.

Reaksi itu susulan perkongsian video menerusi rakaman kamera perakam video (dashcam) di Facebook DashCam Malaysia yang menunjukkan sebuah motosikal merempuh sebuah Myvi berwarna merah.

“Tolonglah guna lorong motor. Penunggang lain boleh saja guna. Kenapa anda tak boleh?

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula 'pancung' dua lorong, patut JPJ pun berang

“Waktu trafik sesaklah, motor tunjuk hebat dia. Jangan kata Lebuhraya Persekutuan. Jalan utama biasa pun sama, ada insiden macam ni,” antara komen warganet.

Dalam masa sama, pemandu kereta juga diingatkan agar peka dengan kemunculan motor walaupun sudah memberi isyarat tukar lorong.

“Ada tu kita dah bagi signal kiri. Motor nak terus juga potong kiri kita.

“Jadi, kena lebih berhati-hatilah walaupun bukan salah kita. Tak nak jadi masalah,” keluh seorang pemandu pula.

Baca:

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian

“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah

Bertunang dengan adik tapi kahwin dengan abang, guru tadika ini nasihat pentingnya solat istikharah