Realtime website trackingweb stats

Original dari seberang! wanita kongsi sup Thai ‘kaw’ hingga dapat 163K perkongsian

Oleh SHAZLIN AZIZ

Rasa bosan dah selalu makan sup ayam biasa?

Bagaimana kalau kita cuba resepi sup Thai yang viral seperti yang dikongsi oleh Hajal Aishah Zakirai di bawah ini?

Meskipun menggunakan hanya beberapa bahan, rasanya memang sedap dan sama seperti di restoran Thailand.

Original dari seberang! wanita kongsi sup Thai 'kaw' hingga dapat 163K perkongsian

Bahan-bahan:

• Bawang besar
• Daun limau purut
• Serai
• Bawang putih
• Halia
• Sup bunjut
• Sos ikan
• Sayur pilihan
• Jus limau nipis
• Daun ketumbar
• Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia yang telah ditumbuk.

2. Selepas itu, campurkan bawang besar, serai, daun limau purut, dan sup bunjut.

Tumis sehingga layu dan harum.

3. Apabila bahan tumisan itu telah naik bau, tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Tambahkan ayam atau daging yang telah dipotong nipis dan dibersihkan.

Biarkan masak hingga empuk.

5. Masukkan sayur, tomato, sedikit sos ikan, dan jus limau nipis secukupnya.

6. Tambahkan garam, gula, dan perasa secukupnya.

Biarkan masak sebentar dan hidangkan.

Jangan lupa taburkan daun ketumbar.

Makan dengan sambal belacan, timun Jepun, dan telur dadar memang sedap.

Senang je kan?

Jangan lupa cuba ya.

Baca:

‘Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg’ – Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu

PDRM minta penunggang dan pemandu tampil buat laporan langgar cermin sisi kereta