Realtime website trackingweb stats

Order makanan percuma ‘ubat’ sakit perut, kejutan ‘hadiah’ Krismas ini buat ramai terhibur

Oleh ADINDA

Terkejut seorang lelaki apabila menemui sejenis pil di dalam makanan yang dipesan secara online menjelang sambutan Krismas.

Namun, reaksi netizen pula rupanya ramai terhibur apabila berseloroh pelanggan dari Mumbai, India itu beruntung kerana ‘order’ makanan percuma dapat ‘ubat’ sakit perut.

Menerusi platform X, Ujwal Puri @ompsyram/X memberitau, dia terjumpa sebiji pil berwarna kuning di dalam ayam bersos tiram yang dipesannya dari kafe yang popular dengan kualiti masakannya di Colaba.

Pihak syarikat penghantaran makanan itu kemudiannya membalas aduan lelaki berkenaan dengan menulis:

“Kami mengharapkan yang lebih baik daripada rakan kongsi restoran kami. Kami akan melihat perkara ini.”

Susulan perkongsian jurugambar berkenaan, ramai rupanya pernah mengalami pengalaman tidak elok membeli makanan dari Leopold Cafe & Store itu.

Rata-rata pelanggan berkata, mutu makanan di kafe tersebut semakin merosot.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak perkongsian video di media sosial menunjukkan penyediaan makanan di premis makanan yang kotor di India.

Malah, proses menghasilkan bahan makanan di kilag-kilang India yang dilihat banyak dilakukan secara manual juga dalam keadaan tidak bersih dan mengundang rasa jijik terutamanya warga asing.

Baca:

‘Saya tidak dapat menanggung kesakitan!’ – Luahan wanita muda Gaza ini menyedihkan

Pengguna lebuh raya nikmati tol percuma pada 23, 26 Disember, rupanya ada sebab tarikh itu dipilih

Mudahnya warga asing buat duit di Malaysia, boleh pula pemuda Pakistan menyamar jadi doktor