Realtime website trackingweb stats

“Orang tua ni kan..” – Individu kongsi gambar balang kuih raya klasik menggamit memori lama, raih perhatian netizen

Oleh ABDULLAH HAMID

Menceritakan tentang perayaan Hari Raya Aidilfitri pasti membuat kebanyakan masyarakat di Malaysia sangat gembira kerana tidak lama lagi akan menyambut Hari Raya.

Walaupun Ramadan belum tiba, sudah ada yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya seperti menjahit baju raya, menjahit langsir, dan lain-lain.

Sementara itu, ada juga yang secara tidak langsung mengingat kembali kenangan saat merayakan hari raya bersama keluarga pada suatu ketika dahulu.

Orang tua ni kan Individu kongsi gambar balang kuih raya klasik menggamit memori lama raih perhatian netizen

Baru-baru ini, melalui kiriman dalam Kumpulan Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’, seorang perempuan berkongsi pengalaman raya beliau dengan menggunakan balang kuih raya ‘klasik’.

Dalam kiriman tersebut, perempuan yang dikenali sebagai Aisya Humaira menceritakan tentang kegemaran ibu bapanya menggunakan barang yang sama setiap kali mereka menyukai sesuatu barang tersebut.

“Orang tua ni kan, kalau dah suka benda tu, memang benda tu jela kat mata dia.”

“Haritu aku balik kampung, aku bebel suruh tukar bekas kuih raya baru.

Dah 20 tahun dah bekas ni.

Mana maunya dia (ibubapa).

Dia nak sebiji-sejiban macam hat lama ni.

Tahan elok katanya, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau.

Kedap udara teruk,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Aisya juga mengongsikan gambar balang kuih raya itu, dan perkongsian tersebut mendapat perhatian dari warga net dalam komunitinya.

Ahli-ahli Group itu secara purata menggambarkan balang kuih raya yang digunakan oleh ibu Aisya sebagai barang yang sangat bersejarah dan mempunyai banyak kenangan berharga bagi mereka semua.

“Arwah mak saya ada banyak bekas kuih ni.

Masih digunakan sampai sekarang,” kata netizen.

“Rumah mak ada lagi.

Tiap kali raya mesti nak guna tu je.. Dah 30 tahun lebih usia bekas tu,” kata seorang lagi ahli group berkenaan.

“Memang lejen ni! Penutupnya tu sampai getah dia dah keras kering ada yang tercabut pun masih digunakan lagi,” kata netizen lagi.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya