Realtime website trackingweb stats

Orang tanam cendawan, kita pun nak tanam, wanita akui “yang terindah hanya sementara” *

Oleh FATIN AQILAH

Projek Cendawan adalah satu inisiatif yang menarik yang mana banyak pihak terlibat untuk membantu masyarakat dan alam sekitar.

Walaupun projek ini nampak seperti ia tidak memerlukan kos yang tinggi, ia sebenarnya terdapat kos tersembunyi yang perlu kita fahami.

Artikel ini akan membongkar lebih lanjut mengenai kos-kos tersebut dan mengapa ia adalah penting dalam menjaga projek ini berjalan dengan lancar.

Orang-tanam-cendawan,-kita-pun-nak-tanam 02

Kos Tersembunyi Dalam Projek Cendawan.

Ramai peserta seronok dan rasa bakal kaya bila balik je dari kursus Projek Tanaman Cendawan bila dapat tahu beg cendawan keluarkan hasil 250gram… Bila buat kira-kira, ni je modalnya…

1. Beli beg 4000×1.80 = RM7200
2. Kanopi 1 unit 20×20 = RM2000
3. Rak biru 4 unit muat 1000 RM400x4= RM1600
4. Netting hitam 1 gulung 90% = RM100
5. Paip getah, bakul, penimbang digital, gunting, sealer = RM500

Modal RM11,400

Hasil 4000×0.25kg perbeg = 1000kg

Harga jual perkg RM16 x 1000kg = RM16,000

Pendapatan – Modal = RM16,000 – RM11,400 = Dah untung RM4600… Baru satu pusingan masuk… Wow untungnya… Kalau jual borong RM13 Apa salahnya… Jom kira…

1000xRM13 = RM13,000… Masih ada untung lagi RM1600…

Pilot Projek pun bermula

Mula-mula mereka beli 100 beg untuk cuba…

Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Anak sulong la katakan. Dah jaga 3 bulan, wow buat kira-kira… Eh betullah dapat 250gram… Wow boleh kaya ni.

Ada 1000 pun boleh Jana RM4000 dah… Untung dah RM2200… Beli kanopi biru je baru RM140 satu… Atau buat je tepi rumah…

Modal rak berapa je… Baru RM400… Buat kira-kira modal RM2000 pun boleh dah start niaga cendawan ni…

Mereka pun bersemangatlah nak buat…

Bila dah buat beli beribu-ribu, tengok hasil yang keluar nak lepas modal pun semput… Lagi la nak bayar itu ini. Mereka lupa nak masuk kos tersembunyi…

Terlalu banyak kos yang hampir dilupakan bila nak memulakan projek cendawan. Bila makin lama makin faham lah sendiri…. Makin besar projek makin tinggi kosnya.

1. Petrol berulang alik ke farm dan juga menghantar cendawan.
– Lupa nak kira entah-entah beratus sebulan. Farm saya mencecah ribuan sebulan.

2. Kos beg rosak.
-Selepas sebulan biasanya dah mula rosak. Dari 250gram yang kita anggar ada yang keluar sekali je dapat 60gram sahaja. Masa ni la pentingnya kira purata hasil. Hakikatnya lebih baik letak rendah dari letak tinggi.

3. Kos upah dan gaji.
– Ada masa pakai pekerja. Ada masa buat sendiri. Lupa yang kita pun nak isi perut. Kadang-kadang kena upah pekerja sambilan untuk tampung kerja yang ada. Gaji sendiri jangan lupa pulak.

4. Kos sewa lori buang beg (tong roro).
– Lepas beg dah expired, rumah cendawan kena cuci. Lupa nak kira upah orang masa nak bersihkan. Nak angkut. Nak buang. Guni nak isi pun kena beli. Nak cuci rumah lagi. Beli klorok lagi. Semua pakai duit.

5. Kos api dan air.
-Setiap bulan bil api dan air sampai. Lupa juga nak kira. Projek tepi rumah selalu lupa hal ni. Sebab mereka rasa air itu percuma.

6. Kos susut nilai.
-Peralatan bila dah lama-lama akan rosak. Dah rosak kena baiki. Semua ni modal kena kira.

7. Beli peti sejuk.
– Bila buat kecil-kecilan tak rasa mana mula-mula… Boleh tumpang peti rumah je. Masa cendawan banyak, terlupa yang kita takde peti besar nak isi. Kena beli peti pulak. Bila rosak, kena keluar pulak modal baiki.

8. Untuk syarikat Sdn Bhd.
– akaun kena audit, kena hantar report, kena bayar itu ini. Itupun makan ribuan juga. Ada masa hampir nak cecah 5angka.

9. KWSP dan Socso
– Ini tanggungjawab majikan. Kena buat caruman. Semua ni modal nak pakai duit.

10. Maintenance
-Rumput kat farm dah panjang kena potong. Pintu rumah cendawan nak tercabut kena baiki. Atap bocor lah. Netting koyak lah. Rak patah lah. Lampu terbakar. Semua perlu duit untuk selenggara.

11. Lantai tanah ganti simen.
– Ingat dapat buat kos rendah. Lantai tanah je. Tapi rupanya mudah kotor dan susah dibersihkan. Kena la simenkan lantai. Cari pulak modal tambah.

12. Plastik pembungkusan
– Kena beli plastik nak bungkus cendawan. Terlupa nak masukkan kos. Beli getah lagi. Tali lagi.

13. Buat makan sendiri
– Eh takkan tanam je mesti ambik buat makan kan. Staff tak kan tak nak bagi.

14. Musim panas
– Musim kemarau hasil akan turun. Ingatkan hasil boleh dapat 250gram, 120 gram pun payah kalau musim begini. Paling selamat beg/bongkah cendawan buat sendiri letak 150gram . Kalau beg beli boleh la letak 170gram.

15. Mereka terlupa jaga anak seorang dengan 10 orang tidak sama.
– Masa buat 100 beg dulu mudah je jaga… Siram sokmo…

Jaga ibarat menatang minyak yang penuh… Siap keluar kat belakang beg tempat tersembunyi tu pun masih boleh tuai…

Bila dah ada 10,000 beg cendawan mula la tak senang duduk. Kadang nak siram pun terlupa. Cendawan keluar ikut belakang pun terlupa dah nak cek dah. Kadang-kadang sampai kering garing cendawan.

Dah begitulah…. Lama-lama baru faham pentingnya belajar matematik, analisis dan forecast. Itulah harga sebuah pengalaman…

Cuma, jangan lah mengharap bulan dan bintang terus bersinar dan bergemerlapan baru sebulan dua masuk bidang ni… Jual harga rendah tanpa sedar, akan datang belum tentu dapat hasil sebanyak tu.

Dalam cendawan ni Yang Terindah Hanyalah Sementara masa mula-mula nak buat bisnes ni je bak kata Erra Fazira. Selepas tu mula la rasa sengsara. Nak berpatah balik tak boleh dah.

Kredit:
Rusila Yusof,
Sang Petani Cendawan.

 

Baca :

Macam dia saja ada ‘barang’, aksi selamba tayang wanita ini akhirnya jadi buruan polis 

‘Harap harga tiket AirAsia lebih murah’, netizen berseloroh selepas jutawan ini tayang tubuh

Malaysia catat kadar kerintangan insulin tertinggi di Asia Tenggara, ini 7 fakta pakar elak hidap diabetes