Realtime website trackingweb stats

Orang ramai mula padam aplikasi Grab selepas bengang akaun rider digantung. Ini punca sebenar yang membuat orang marah

Oleh ADINDA

Orang ramai mula padam aplikasi Grab selepas bengang akaun rider digantung. Ini punca sebenar yang membuat orang marah.

Kuasa viral netizen Malaysia jangan dibuat main, kerana sebelum ini regim Israel pun menyerah diri selepas diserang tentera cyber daripada kalangan rakyat Malaysia. Kali ini sepertinya aplikasi Grab pula bakal menerima nasib yang sama selepas syarikat Grab menggantung akaun seorang ridernya hanya kerana bertindak mempertahankan peraturan melibatkan warga asing.

Selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong, penghantar makanan mendakwa akaun Grab miliknya digantung sejak jam 6 petang semalam sekali gus tidak dapat menjana pendapatan.

Menerusi aplikasi TikTok, lelaki menggunakan nama @matkibot itu berkata, ia terjadi selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.

“Selepas video ini tular di media sosial, Grab telah gantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera hubungi perkhidmatan pelanggan Grab dan saya diberitahu akan menerima panggilan pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah menerima panggilan pihak Grab, ada orang membuat laporan ke atas saya.. yang lapor tu bukan sesiapa pun, warga Singapura tu juga.

“Mereka melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan balik. CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la semak!,” dakwanya.

Sementara itu, dia menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah melalui prinsip ‘berani kerana benar’ selain mengakui terkesan dengan punca pendapatan yang diraih selama ini.

“Berani kerana benar, saya tak bersalah. Walaupun begitu, periuk nasi saya dihalang oleh individu yang bersalah. Saya tak tahu sehingga bila tak dapat bawa Grab.

“Saya dapat RM100, kena hantar ke rumah RM50 untuk isi perut isteri dan anak. Macam mana tu? Macam tulah di Malaysia. okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga. Begitulah nasib rakyat Malaysia.. takdir rider,” katanya.

Kuasa viral netizen Malaysia jangan dibuat main, kerana sebelum ini regim Israel pun menyerah diri selepas diserang tentera cyber daripada kalangan rakyat Malaysia.

Tangkap layar video penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura didakwa isi minyak guna tong

Terdahulu, video kejadian terbabit tular memaparkan dua lelaki dipercayai warga Singapura tidak berpuas hati dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, Johor pada 16 Jun lalu.

Malah, salah seorang lelaki Singapura itu mengeluarkan sejenis peralatan dipercayai pengunci stereng dari bonet kereta seolah-olah mahu melakukan provokasi namun dileraikan oleh dua anggota polis bantuan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, lelaki warga Singapura itu mendakwa tindakan mengisi minyak ke dalam tong itu adalah untuk kegunaan go-kart.