Realtime website trackingweb stats

Objek dikesan terbang mirip UFO, ramai pula yang nampak di lokasi berbeza

Oleh ADINDA

Objek dikesan terbang mirip UFO, ramai pula yang nampak di lokasi berbeza. Rakaman 17 saat memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang sedang berlegar-legar di ruang udara Mexico tular di media sosial.

Rakaman pada waktu malam menunjukkan objek itu sedang terapung dan turut dikelilingi cahaya terang berwarna putih.

Dirakam di Tamaulipas, pergerakan objek aneh itu menyebabkan segelintir penduduk membuat spekulasi bahawa ia merupakan kapal milik makhluk asing.

Seorang TikToker, Marcella Guzman, berkongsi video itu menerusi TikTok sehingga ia meraih 4.5 juta tontonan dan dihujani lebih 5,000 komen.

“Ada sesiapa pernah nampak objek ini di tempat lain?

“Objek ini berpusing di udara sebelum ia hilang,” tulisnya.

Selain Tamaulipas, beberapa saksi mendakwa turut melihat objek sama melintasi ruang udara Nuevo León dan Coahuila.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai