NGO serah memo kepada Agong desak Muhyiddin letak jawatan

Oleh ADINDA

Hari ini, sebuah lagi gabungan gerakan rakyat menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan kabinetnya untuk berundur secara terhormat sebelum 16 Julai.

Mustafa Mansor, penyelaras GBMRM, mengatakan hari ini kerajaan dilihat semakin gagal mengawal pandemik Covid-19 dan kes positif terus kekal tinggi sehingga rekod terbaru direkodkan semalam. Menurutnya, sekiranya Perikatan Nasional terus diberi peluang, saya khuatir lebih ramai orang yang akan mati akibat wabak ini.

“Rakyat sudah bagi masa yang cukup panjang kepada kerajaan Muhyiddin. Semalam pun dah 11,000 kes dan kita lihat kematian bertambah begitu juga kadar bunuh diri yang sudah tidak terkawal.

Baca Artikel Penuh