Tugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah memastikan penduduk di kawasan mereka dapat hidup dengan aman dan selesa.
Mulai dari menguruskan sampah hingga memberi lesen dan mengutip cukai, segala tugas dan tanggungjawab itu dilakukan oleh PBT setempat.
Bicara tentang PBT, ada satu video yang menarik perhatian ramai di media sosial dimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan terhadap sebuah kenderaan food truck.
Yang menarik perhatian adalah cara DBKL mengangkat kenderaan tersebut.
Anda boleh tengok bagaimana DBKL menyita ‘food truck’ dalam video @isusemasaviral di bawah.
Wahm, seram juga tengok cara DBKL mengangkat food truck itu.
Risau juga kalau tali tersebut putus atau apa.
Food truck tu mestilah berat.
Tetapi nasib baik, food truck itu selamat ketika diangkat ke atas lori.
Ya, kadang-kadang kenderaan yang terbiar di tempat letak kereta memang menyusahkan.
Orang lain nak letak kereta pun susah, terutamanya apabila tempat letak kereta terhad.
Mesti korang pun rasa cuak tengok cara DBKL angkat food truck tu.
Nasib baik takde benda buruk berlaku.
Kadang-kadang kita tengok notis sampai dah hancur kena hujan dan panas pun masih berada dekat situ.
Kalau amaran pun tak berkesan, memang kena angkut kenderaan tu lah.
Eh, sama lah dengan main claw machine tu, susah gila nak angkat hadiah.
Mesti guna cable yang kuat ni, baru senang nak angkat.
Betul² tegas ni, food truck pun kena angkut. pic.twitter.com/ZHuVVaR5i9
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 10, 2024
Baca:
Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie
Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit
Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari