Realtime website trackingweb stats

Netizen tak puas hati kedai makan kenakan caj ‘aircond’ melampau

Oleh HADI KAMARUDIN

Makan dengan suasan selesa sangat diperlukan apabila berada di tempat makan.

Ada beberapa tempat makan didapati mengenakan caj aircond terhadap pelanggan.

Menerusi hantaran X.com @MALAYSIAVIRALLL caj itu membuatkan segelintir warganet kurang senang.

Sebagai pelanggan mereka merasakan ia menjadi satu beban tambahan untuk makan dengan selesa menggunakan aircond di tempat makan.

Netizen membandingkan tempat makan yang mengenakan caj aircond dengan kedai mamak dan kedai Arab yang langsung tidak mengenakan sebarang caj.

Netizen tak puas hati kedai makan kenakan caj ‘aircond’ melampau

Bagaimanapun sebahagian warganet menyatakan ada tempat makan menawarkan ruang yang menggunakan kipas atau aircond.

Jadi terpulanglah kepada pelanggan; sekiranya mahu lebih sejuk, ia masih boleh bayar pada harga yang mampu milik.

“Kedai tak paksa pun makan dalam kawasan aircond. Tak nak bayar RM1 makan saja di kawasan terbuka di luar. Dah bagi pilihan nak bising pulak bila kena bayar,” ujar warganet.

BACA: Siapa sangka minum air kosong terlalu banyak boleh membawa padah, ini kesan ramai tak tahu