Realtime website trackingweb stats

Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot

Oleh FATIN AQILAH

Abang Sajat telah mula memberikan pandangannya di laman Tiktoknya.

Kini, kek tapak kuda benar-benar viral, hingga ada yang sanggup beratur berjam-jam hanya untuk mendapatkan kek tersebut.

Walaupun kek tapak kuda ini sebenarnya sudah lama wujud, tetapi selepas menjadi viral, semua orang mahu membelinya.

Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot

Terutama lagi apabila penjual melakukan siaran langsung di TikTok ketika mereka mengisi dan menggulung kek tapak kuda tersebut.

Jika anda melihat inti yang mereka letak, terdapat matcha crunchy, biscoff crunchy, nutella, oreo, kitkat, dan banyak lagi.

“Aku memang tapakkan kak! Aku dekat muka korang. Jangan minta Sajat buat…” – Abang Sajat.

Walau bagaimanapun, Sajat dalam satu video mempersoalkan tentang tindakan penjual yang menggunakan bahan yang diboikot seperti nutella tanpa rasa bersalah.

“Letak nutella bagai. Nutella tu bukan brand yang kena boikot ke? Munafik la korang ni.”

“Kita patut mengetengahkan makanan Malaysia, baru lah benda tu menjadi nostalgia.”

Rata-rata warganet menunjukkan persetujuan terhadap pandangan yang dinyatakan oleh Sajat dan menyeru mereka yang menggunakan bahan ini untuk merenung kembali, sambil mengingatkan bahawa saudara-saudara kita di Palestin masih mengalami penderitaan hingga sekarang.

@jen.rjane "aku memang tapakkan kak! aku dekat muk@ korang" JANGAN req sajat buat tapak kuda eh HAHAH 😂😂 @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 ♬ original sound – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ

Baca:

Awas! penduduk Terengganu diminta waspada tiga jalan utama ditenggelami banjir kilat

Tak lama dah, semua lesen B2 auto jadi B, ini perkembangan setakat ini

Ayam seekor RM10 saja, 4 hari ini patut diberi perhatian untuk dapat harga murah