Realtime website trackingweb stats

Nenek di Sabah dedah rahsia usia 100 tahun, tak ramai mungkin mampu amal petuanya

Oleh ABDULLAH HAMID

Kagum dengan usia seorang nenek di Sabah yang mencecah 100 tahun tetapi mungkin tidak ramai mampu mengamalkan petuanya.

Amalan pemakanan sihat warga emas dikenali Tokoyop Kombilung yang dikongsikan di TikTok itu tular di media sosial.

Menerusi satu video pendek berdurasi 39 saat, warga tua itu memberitahu beliau mengambil nasi putih yang dituang air.

Nenek di Sabah dedah rahsia usia 100 tahun, tak ramai mungkin mampu amal petuanya

“Ada yang bertanya apa rahsia menjadi amalan saya sehingga kekal sihat dan berupaya hidup lama menjangkau usia hampir 100 tahun.

“Ada yang tanya apa yang saya makan. Sebenarnya, jika saya ingin makan masakan bergoreng, saya akan buat cara itu.

“Jika tidak larat, saya ambil nasi putih, tuang air dan makan. Itulah yang saya lakukan.

“Sebenarnya, tiada apa rahsia menyebabkan saya masih sihat dan panjang umur,” katanya dalam bahasa Kadazandusun.

Tokoyop kelihatan sihat dan ceria menceritakan kisah hidupnya kepada orang ramai menggunakan alat pembesar suara pada satu majlis keramaian dipercayai di Tambunan, Sabah.

Dapat dilihat juga beliau sentiasa senyum dan ketawa sepanjang bercerita menjadikan hadirin yang mendengar kisahnya rasa ceria dan terhibur.

Hadirin juga bersorak mendengar kisah hidup yang disampaikan Tokoyop yang dipanggil Gama bermaksud emak dalam bahasa Melayu.

@anayleda94 Tips umur 100 tahun mantad di gama 🥰 #grandma #100yearsold #dusunsabahan #sabahan #healthyfood #foryou ♬ original sound – Adelyana Alexander – DilynAdel

Baca:

Sedang berusaha ke arah lebih baik, Norreen Iman kini lebih sopan dengan imej baru

Bercuti pada hari bekerja, biar betul? Ikut cara ini, mudahkan perjalanan anda

Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah