Realtime website trackingweb stats

Negara bukan Islam ini ‘rehatkan’ internet 8 jam, Malaysia patut contohi elak kanak-kanak dan remaja rosak

Oleh ADINDA

Negara bukan Islam ini ‘rehatkan’ internet 8 jam, Malaysia patut contohi elak kanak-kanak dan remaja rosak. Kanak-kanak dan remaja China akan disekat daripada mengakses internet pada waktu malam dan penggunaan telefon pintar mereka dikawal di bawah peraturan baharu yang bertujuan memerangi ketagihan internet.

Di bawah sekatan yang akan berkuat kuasa pada 2 September ini, sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun akan dihalang daripada mengakses internet dengan peranti mudah alih antara pukul 10.00 malam hingga 6.00 pagi.

Sistem berperingkat untuk menguruskan masa penggunaan telefon pintar juga akan dikenakan, merangkumi maksimum 40 minit sehari bagi mereka yang berumur di bawah lapan tahun hingga dua jam untuk mereka yang berumur 16 dan 17 tahun.

Peraturan baharu yang dicadangkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) adalah antara yang paling ketat di dunia.

Walau bagaimanapun, ibu bapa akan dapat memintas had tersebut jika mereka mahu.

CAC berkata, peraturan itu akan meningkatkan peranan positif internet, mewujudkan persekitaran rangkaian yang menggalakkan selain mencegah masalah ketagihan internet kanak-kanak bawah umur.

Sekatan itu juga didakwa dapat membimbing kanak-kanak di bawah umur untuk membentuk tabiat penggunaan internet yang baik.

“Langkah-langkah itu akan dibina berdasarkan usaha sedia ada untuk mengukuhkan perlindungan dalam talian terhadap kanak-kanak di bawah umur.

“Usaha ini termasuk memperkayakan kandungan yang sesuai dengan umur dan mengurangkan pengaruh maklumat buruk,” katanya.

Pada tahun 2021, China mengehadkan jumlah masa permainan untuk kanak-kanak dengan matlamat memerangi ketagihan dan membekukan kelulusan permainan baharu selama sembilan bulan.

Tindakan itu merugikan banyak syarikat termasuk raksasa sektor teknologi Tencent.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah