Perkongsian seorang wanita mengenai khasiat nasi putih sejuk dan nasi panas di laman Facebook telah menarik perhatian ramai,
Terutamanya kerana maklumat yang dikongsi mungkin tidak diketahui oleh ramai orang.
Dalam hantaran tersebut, beliau menceritakan pengalamannya yang pernah dimarahi oleh nenek
kerana menghidangkan nasi sejuk untuk suami tercinta. Neneknya berkata bahawa tindakan itu “tidak manis”.
Namun, menariknya, suaminya sendiri lebih memilih untuk makan nasi sejuk berbanding nasi panas di makan pula dengan sambal ikan bilis garing
“Kalau di kampung, saya pernah ditegur oleh nenek kerana hidang nasi sejuk kepada suami. Dia kata tak elok, macam tak hormat suami,” katanya.
“Di rumah pula, saya ditegur oleh suami kerana hidang nasi panas. Serba salah dibuatnya. Hidup ini memang complicated. Serius, suami saya tak akan makan nasi panas sebab dia cakap nasi sejuk mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah dan serat yang lebih tinggi,” luahnya.
Bagi mereka yang tidak tahu, nasi sejuk mengandungi kandungan kanji yang lebih tinggi berbanding nasi panas. Nasi sejuk mempunyai kadar gula yang rendah dan lambat diserap oleh tubuh, menjadikannya lebih tahan lama dan tidak cepat lapar.
Jenis kanji ini dikenali sebagai kanji retrograd, yang terdapat dalam makanan berkanji yang telah dimasak dan disejukkan. Malah, nasi yang dipanaskan semula juga didapati mempunyai jumlah kanji retrograd yang tertinggi.
Antara kelebihan nasi sejuk adalah:
-Dapat menurunkan kolesterol dalam badan
-Meningkatkan pertumbuhan bakteria usus baik
-Membantu hormon insulin
-Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
-Membantu mengawal bacaan gula dalam darah
Sebaliknya, nasi panas mengandungi gula yang tinggi dan cepat diserap oleh tubuh, sehingga rasa kenyang tidak bertahan lama dan membuatkan cepat lapar.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai komen dan rata-rata bersetuju dengan perkara tersebut.
Oleh itu, jika anda ingin mengawal bacaan gula dalam darah, disarankan untuk makan nasi sejuk.
Namun, pastikan nasi tersebut tidak basi ya. Nanti boleh sakit perut pula
BACA: Rupanya Nusyuz bukan untuk isteri je, untuk suami pun boleh, ini maksud Nusyuz ramai tak hadam
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio