Realtime website trackingweb stats

Nasi lemak dah seabad muncul dalam resepi, bermacam rupa nasi lemak, tapi nombor tiga tu ‘nasi alamak’

Oleh NURAIMAN

Nama nasi lemak rupanya sudah lebih 100 tahun disebut pegawai British. Dalam buku, ‘The Circumstances of Malay Life’, R.O Winstedt pernah menulis mengenai nasi lemak.

Buku yang diterbitkan pada 1909 itu turut menyertakan resepi memasak nasi lemak:

“Dia (tukang masak Melayu) akan menanak nasi bersama dengan rempah seperti jintan, cengkih, pala dan halia dan bawang putih, dalam titisan atau minyak kelapa; atau dia akan menanaknya dengan santan dan bukannya air…”

Sekarang, bermacam rupa nasi lemak merentas negara dengan identiti tersendiri. Di Singapura, hidangan nasi lemak wajib ada ikan selar kuning goreng dan telur dadar.

Namun, pernah ada artis komedi wanita Singapura beritahu nasi lemak yang dipercayai kaum Cina jual ditambah dengan makanan berproses seperti nugget dan sosej.

Apapun, majalah antarabangsa, TIME pada tahun 2016 telah menyenaraikan nasi lemak sebagai 10 makanan yang paling sihat di dunia yang kemudian dirai melalui pemaparan Google Doodle.

Ketika nasi lemak sudah membentuk identiti dan gastronomi rakyat Malaysia, wujud pula ‘mitos’ kononnya makanan seimbang ini tidak sihat.

Nasi lemak dah seabad muncul dalam resepi, bermacam rupa nasi lemak, tapi nombor tiga tu 'nasi alamak'

Walhal makan apa pun hatta ubat sekalipun tetap mendatangkan mudarat jika diambil berlebihan.

Berikut 3 rupa hidangan nasi lemak yang dikongsikan media sosial:

1. Sambal ikan masin

Nasi lemak di Kedah ini masih dijual RM1 sebungkus ketika inflasi makanan sekarang semakin melambung.

Ada pelbagai pilihan sambal, boleh pilih mahu nasi lemak sambal sotong kering, sambal ikan masin atau sambal bilis telur.

2. Jangan datang pagi

Jangan datang pagi, tiada. Gerai Nasi Lemak Station di Semerah, Batu Pahat ini mula dibuka jam 6 petang hingga 11.30 malam.

Menunya ada ayam berempah, sambal sotong dan sambal kerang. Terletak di simpang masuk Kampung Semerah Darat, nasi lemak ini memang jadi sebutan orang ramai.

3. Menu terpaling lengkap

Nasi lemak dah seabad muncul dalam resepi, bermacam rupa nasi lemak, tapi nombor tiga tu 'nasi alamak'

Bukan sebarang nasi lemak tapi ini ‘nasi alamak’. Busana ini gambaran hidangan sebungkus nasi lemak yang dilengkapi elemen utama seperti sambal, telur, timun dan ikan bilis.

Gaun ala potongan berkemban dan meleret itu digandingkan bersama daun pisang menyerlahkan kesempurnaan ‘nasi alamak’.

Baca:

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian

“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah