Malaysia lagi sedap! – Lelaki Jordan puji nasi goreng & nasi lemak, wanita Indonesia terkedu! Nasi goreng, hidangan yang digemari ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia, memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Rasanya yang lazat, mudah disediakan, dan fleksibel dengan pelbagai bahan tempatan menjadikan ia kegemaran sejagat.
Namun baru-baru ini, satu video di platform X (dulu dikenali sebagai Twitter) mengundang gelak tawa netizen apabila berlaku ‘perdebatan kecil’ tentang makanan, khususnya nasi goreng, antara seorang wanita Indonesia dan rakannya dari Jordan.
Dalam video yang tular itu, wanita Indonesia tersebut bertanya kepada lelaki Jordan itu apakah makanan kegemarannya. Tanpa ragu, lelaki tersebut menjawab dengan tenang bahawa dia lebih menyukai makanan dari Malaysia, bukan Indonesia.
Jawapan itu nyata mengejutkan wanita berkenaan. Seolah-olah tidak percaya, dia terus bertanya juadah Malaysia manakah yang begitu digemari. Sekali lagi, lelaki itu menjawab dengan yakin — “Nasi lemak dan nasi goreng.”
Tidak mahu kalah, wanita itu segera ‘menuntut hak’ dengan mendakwa bahawa nasi goreng berasal dari Indonesia. Namun lelaki Jordan itu tetap tenang dan menegaskan bahawa versi Malaysia jauh lebih sedap, walaupun bukan makanan asal negara itu.
Paling mencuit hati, di hujung video, lelaki Jordan itu ‘melunaskan’ perbualan dengan ayat yang kini jadi tular:
“Terima sahaja kenyataan, Malaysia lebih bagus.”
Perdebatan kecil tetapi lucu itu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Ramai yang terhibur melihat reaksi ‘terkedu’ wanita Indonesia tersebut apabila makanan Malaysia mendapat pengiktirafan — bukan daripada rakyat tempatan, tetapi dari orang luar.
Lebih mencuit hati, ada yang mendakwa mereka turut bertanya kepada ChatGPT, dan jawapannya juga menyebelahi masakan Malaysia!
Netizen pula bersetuju bahawa soal makanan sebenarnya bergantung kepada citarasa masing-masing, namun tidak dinafikan keunikan nasi goreng dan nasi lemak Malaysia mempunyai tempat tersendiri di hati ramai.
Makanan mungkin serupa, tetapi cara penyediaan dan citarasa itulah yang membezakan — dan Malaysia, nampaknya, terus mencuri hati peminat dari seluruh dunia.
BACA JUGA :
Indonesia gagal runding tarif dengan AS, dari 32% jadi 47%
Rakyat Indonesia tutup mata, bayang wajah Walid
Kenapa KLCC ada dalam promosi pelancongan Indonesia? Ini sebabnya