Realtime website trackingweb stats

Nasi goreng cili padi memang dapat ‘selamatkan’ lebihan nasi putih, ikut suka hati nak pedas macam mana

Oleh SHAZLIN AZIZ

 

Hidangan nasi goreng cili padi sebenarnya ‘menyelamatkan’ lebihan nasi putih daripada dibazirkan.

Jika makan di kedai, mungkin anda tidak puas hati dengan rasanya sama ada tidak sepedas diharapkan atau terlalu pedas.

Apa kata cuba masak di rumah sebabnya ikut suka hati nak taruh cili padi banyak mana. Agak kalau lidah jenis mudah ‘terbakar’, kurangkan cili api itu.

Nasi goreng cili padi memang dapat 'selamatkan' lebihan nasi putih, ikut suka hati nak pedas macam mana

RESIPI NASI GORENG CILI PADI

Bahan-bahan:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili padi hijau sikit
  • Lada hijau 2 batang
  • Ikan bilis (rendam sekejap je)
  • Belacan (sikit je)
  • Telur

Cara memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, lada hijau, ikan bilis dan belacan. Nak tumbuk guna lesung batu pun boleh.

2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.

3. Kemudian masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.

4. Seterusnya, kecilkan api dan pecahkan telur ke atas bahan tumisan tadi. Ratakan telur secara perlahan-lahan.

5. Masukkan nasi, gaul rata sehingga sedikit berwap.

Baca:

Orang berilmu duduk di dapur pun boleh jadi duit – Ini geng yang perlekeh wanita belajar tinggi tak tahu

Kena penjara sebulan selepas rembat telefon bimbit dan dompet, tak sangka ini rayuan si wanita muda

Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau