Realtime website trackingweb stats

Nampak sama tapi tak serupa, ini 5 tanda pastikan Restoran mamak original muslim atau tidak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Aktiviti melepak di kedai mamak merupakan amalan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kedai mamak bukan sahaja menyediakan ruang yang luas untuk perhimpunan, tetapi juga menawarkan pelbagai hidangan menarik untuk dinikmati seisi keluarga.

Kali ini, kami akan kongsikan cara untuk memastikan sama ada kedai mamak yang anda kunjungi benar-benar dimiliki oleh Muslim,

Bagi memastikan makanan yang dimakan berstatus halal dan bersih, terutamanya untuk umat Islam.

Menurut Afyan Mat Rawi di Facebook, terdapat lima cara untuk mengenal pasti sama ada kedai mamak itu dimiliki oleh Muslim atau tidak:

Nampak sama tapi tak serupa, ini 5 tanda pastikan Restoran mamak original muslim atau tidak

Kedai Tutup Semasa Perayaan

Restoran yang dimiliki oleh umat Islam biasanya akan ditutup semasa Hari Raya Aidilfitri, manakala kedai milik orang Cina tidak beroperasi semasa Tahun Baru Cina. Begitu juga, premis milik masyarakat Hindu akan tutup semasa Deepavali.

Walaupun pemilik dan pekerja memakai kopiah dan berpakaian seperti seorang Muslim, ini tidak semestinya menunjukkan mereka menganut agama Islam.

Periksa Makanan Berasaskan Daging Lembu

Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada kedai mamak itu diuruskan oleh Muslim adalah dengan memeriksa hidangan daging lembu yang disediakan. Kedai mamak milik Muslim biasanya menyajikan masakan daging lembu, sementara restoran Hindu atau kedai mamak ‘tiruan’ mungkin tidak menyediakan hidangan daging lembu kerana ia dianggap haiwan suci.

Memberi Salam, Assalamualaikum

Biasakan diri anda memberi salam kepada pekerja atau pemilik restoran sebaik sahaja memasuki kedai. Umumnya, umat Islam tidak akan mengabaikan sapaan tersebut.

Kedai Tutup Ketika Waktu Solat Jumaat

Kedai mamak yang dimiliki oleh orang Islam biasanya akan tutup pada waktu solat Jumaat, kerana semua pekerja biasanya terdiri daripada kaum Adam. Sesetengah restoran mungkin juga menyediakan ruang solat atau surau untuk pelanggan.

Jangan Terpengaruh dengan Poster atau Tulisan Jawi

Kadang-kadang, restoran atau kedai mungkin mempunyai tulisan jawi, ayat-ayat Al-Quran, gambar masjid, atau gambar Makkah sebagai hiasan. Walaupun ini boleh memberikan tanggapan bahawa restoran tersebut milik Muslim, kadang-kadang elemen-elemen ini hanya digunakan untuk menarik pelanggan Muslim.

Selain lima perkara di atas, penting untuk diingat bahawa walaupun pemilik restoran adalah seorang Muslim, pekerjanya mungkin bukan Islam. Beberapa restoran mamak terkenal di negara kita mungkin dalam situasi seperti ini.

Perkongsian ini bertujuan untuk membantu anda mengenal pasti kemungkinan adanya individu yang mungkin menyamar sebagai mamak Muslim dan mengelirukan pelanggan Islam.

BACA: Selepas penjawat awam, pegawai bank pula bakal nikmati kenaikan gaji 9%