Tidak dapat dinafikan, profesion sebagai pramugara dan pramugari penuh dengan cabaran.
Selain perlu menjaga kebajikan penumpang di pesawat, mereka juga bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap penerbangan.
Untuk menjadi pramugara atau pramugari, terdapat pelbagai syarat yang perlu dipenuhi, termasuk ketinggian,
penglihatan yang baik, dan banyak lagi. Tidak hairanlah kita sering melihat pramugara dan pramugari yang tampak cantik dan segak.
Baru-baru ini, sebuah video yang tular di TikTok mengejutkan ramai apabila memperlihatkan usia salah seorang pramugara AirAsia.
Dalam video tersebut, sambutan ulang tahun pramugara segak yang dikenali sebagai Nordin Razali dapat dilihat.
Rupa-rupanya, beliau adalah seorang pramugara berusia 60 tahun yang masih aktif bekerja di bawah syarikat AirAsia.
Rakan-rakan kerjanya memuji kerajinan dan dedikasi En. Nordin dalam pekerjaan.
BACA: Rupanya ada cara nak masak nasi putih bagi rasa sedap dan berlemak