Realtime website trackingweb stats

Nampak macam patung Star Wars biasa, nilai sebenar lebih RM2 juta!

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Menurut laporan agensi berita United Press International kelmarin, sebuah patung mainan dari watak dalam filem

sains fiksyen Star Wars telah dilelong dengan harga tertinggi yang mencapai AS$525,000 (RM2.4 juta).

Patung tersebut ialah Boba Fett, dengan ketinggian 9.5 sentimeter, kini menjadi mainan vintaj paling mahal dan bernilai di dunia.

Menurut Heritage Auctions, firma lelongan yang menjalankan proses lelongan tersebut, mainan ini telah mengatasi rekod yang dipegang sebelum ini

oleh patung Barbie yang dihiasi dengan berlian 1 karat yang telah dilelong dengan harga AS$302,000 (RM1.4 juta) pada tahun 2010.

Nampak macam patung Star Wars biasa, nilai sebenar lebih RM2 juta!

Patung Boba Fett ini merupakan salah satu dari hanya dua contoh yang dihasilkan untuk barisan patung mainan Star Wars oleh syarikat Kenner pada tahun 1970-an, dan ia masih dalam keadaan yang baik.

“Patung Boba Fett, seorang penembak roket dari zaman dahulu, telah menjadi ikon mitos yang dikenali di seluruh dunia, walaupun mungkin bukan oleh peminat tegar Star Wars,” kata Naib Presiden Eksekutif Heritage Auctions, Joe Maddalena, dengan penuh kebanggaan.

“Kami telah mengenal pasti potensi patung ini untuk memecahkan rekod dunia, dan kami sangat teruja melihatnya menjadi mainan yang paling bernilai di dunia.”

BACA: 15 tahun lagi nak pencen tapi KWSP dah RM 1 juta, kisah individu ini sesuai dijadikan panduan