Pendedahan kepada sinaran ultraviolet dari matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit, penuaan awal, dan risiko barah kulit.
Namun, nenek dari Indonesia yang berusia 81 tahun ini kelihatan awet muda! Inilah rahsia di sebalik penampilannya…
Oleh sebab itu, penggunaan pelindung matahari dalam kehidupan seharian sering kali ditekankan oleh pakar.
Pelindung matahari tidak hanya melindungi kulit daripada kerosakan, tetapi juga dapat membantu seseorang kelihatan awet muda jika digunakan secara konsisten.
Jika tidak percaya, lihat sahaja nenek di Indonesia ini sebagai buktinya.
Kisah tentang nenek yang kelihatan awet muda ini mula viral di TikTok. Ia dikongsikan melalui akaun TikTok @diandramarshas, di mana gadis tersebut menjawab persoalan orang ramai mengenai rahsia awet muda neneknya.
Dalam video tersebut, nenek itu berkongsi, “Oh, saya rajin sejak kecil. Biasanya ketika saya masih muda, saya menggunakan bahan-bahan mentah seperti timun. Saya juga selalu menggunakan sunblock.”
Sejak video itu dimuat naik, ia telah mengumpul lebih dari 2.1 juta tontonan, dengan ramai warganet memuji penampilan nenek tersebut.
Satu media tempatan kemudian menghubungi pemilik akaun TikTok, Diandra Marsha Shafiera. Menurut Diandra, neneknya bernama Kusthini Harjono Sigit dan berusia 81 tahun. Mereka sering meluangkan masa bersama di Surabaya, Indonesia.
Diandra berkongsi, apabila dia memuat naik video mereka bersama, ramai netizen memfokuskan perhatian pada wajah neneknya yang kelihatan muda.
“Ramai yang bertanya tentang kulit nenek saya dalam video sebelumnya. Apa petua untuk kelihatan cantik dan awet muda? Jawapannya adalah penggunaan sunblock dan sentiasa berfikiran positif,” kata Diandra.
Diandra juga mengakui bahawa dia gembira kerana mengikuti petua neneknya, menggunakan pelindung matahari setiap hari.
“Saya gembira kerana saya juga seorang yang aktif menggunakan pelindung matahari,” tambah Diandra.
Jadi, kepada semua di luar sana, terutama wanita, mungkin kita boleh cuba cara ini? Mana tahu, kita pun boleh kelihatan awet muda juga!
BACA: Jenis-jenis mentega paling premium di Malaysia, no.6 ramai mak-mak guna