Bila kita tengok hidup billionaire, kita suka bayangkan apa yang kita boleh beli dengan duit sebanyak itu.
Sisi gelap billionaires.
Daripada 10 orang paling kaya di dunia, ada 13 kes cerai. 7 daripada 10 ini bercerai sekurangnya sekali.
Bila kita tengok hidup billionaire, kita suka bayangkan apa yang kita boleh beli dengan duit sebanyak itu.
Kita suka bayangkan benda yang sedap-sedap.
Jarang sekali kita tengok apa billionaires ni lalui dan korbankan untuk sampai ke tahap itu.
Bill Gates tak pernah cuti selama 25 tahun semasa membina Microsoft. Kerja 7 hari seminggu.
Kita boleh kerja macam tu? Mana maunya. Ramai yang nak work life balance. Nak balik kampung setiap bulan. Nak bercuti dengan anak-anak.
Dalam buku Snowball, ada diceritakan semasa Warren Buffet lalu di tangga rumahnya, anaknya jatuh bergolek. Nak tahu apa dia buat?
Dia langkah anak dia dan terus masuk ke bilik untuk sambung bekerja.
Sanggup buat macam tu dekat anak sendiri? Saya tak sanggup.
Sebab tu Naval pernah cakap. Kita tak patut cemburu dengan hidup seseorang kalau kita tak sanggup swap 24 jam hidup dia dengan hidup kita.
Tak adil untuk kita ambil yang sedap tanpa ambil yang tak sedap.
Kekayaan ni bukan untuk dikejar ibarat tiada penghujung.
Dalam kita mengejar kekayaan jangan sampai kita menjadi hamba duit.
Duit hanyalah alat untuk mencapai apa kita mahu dalam hidup.
Kita mahu keluarga yang bahagia, tubuh badan sihat, masa yang fleksibel, memberi kepada komuniti.
Jangan sampai semua ini terkorban kerana mengejar kekayaan.
“Yes, money will solve all your money problems. But it doesn’t get you everywhere. The first thing you realize when you’ve made a bunch of money is that you’re still the same person.
If you’re happy, you’re happy. If you’re unhappy, you’re unhappy. If you’re calm and fulfilled and peaceful, you’re still that same person
. I know lots of very rich people who are extremely out of shape. I know lots of rich people who have really bad family lives. I know lots of rich people who are internally a mess.” – Naval Ravikant
Kredit facebook – Kauthar Rozmal
BACA: Sayang pokok berbuah lebat tapi buahnya tidak manis, ini rahsia ramai terlepas pandang