Realtime website trackingweb stats

“Nama Alif ni suka buat masalah” – Hikmah Alif Teega ‘buat hal’, populariti Alif Satar pula mencanak naik

Oleh SHAZLIN AZIZ

Benarkah orang bernama Alif suka membuat masalah?

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kasihanlah kepada Alif diluar sana yang tidak termasuk dalam kategori mencipta pepulariti dengan hal-hal rumah tangga.

“Alif yang ini (Alif Satar) sahaja yang tiada masalah. Alif lain semua bermasalah.”

Berikut adalah beberapa komen dari pengguna internet yang berharap agar selebriti serba boleh, Alif Satar, tetap menjadi lelaki yang tidak terlibat dalam kontroversi yang tidak baik, termasuk tidak pernah mengecewakan isterinya.

Selain itu, Datuk Fadzilah Kamsah, seorang penceramah bebas, juga turut ‘bergabung’ dengan netizen untuk memberikan pujian kepada pelakon dan penyanyi tersebut, sebagaimana yang dikongsi oleh pengguna media sosial lain.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar sahaja yang saya kenal. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap,” kata Fazilah.

“Alif Satar sibuk ajak subuh di masjid, bukan ajak bina masalah,” ujar netizen lagi.

“Selebriti bernama Alif paling positif di Malaysia. Gosip pun tidak pernah ada,” komen peminat.

Alif menjadi perbualan hangat apabila media sosial mempengaruhinya.

Alif Teega menjadi perbualan netizen sejak semalam apabila mengakui bahawa beliau telah berpoligami atau berkahwin dua.

Pada masa yang sama, isteri pertama, Aisyah Hijanah, bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya dan juga berdoa agar mereka bahagia.

Ini bukan pertama kalinya Alif Satar terlibat dengan isu-isu semasa. Sebelum ini, namanya juga muncul dalam konflik yang melibatkan individu lain seperti Aliff Aziz dan Datuk Aliff Syukri.

Baca:

Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini

‘Isteri pertama untuk dihargai’ Abang Tesla, beritahu diri terlihat ceria padahal hampir gila

Gelang bercahaya konsert Coldplay rupanya kena dipulangkan, terbukti satu negara ini memang jujur