Kredit eMADANI tidak boleh digunakan untuk pemindahan ‘peer-topeer’ atau penebusan tunai.
Kredit ini hanya boleh digunakan untuk belian barang secara fizikal menggunakan e-dompet yang terlibat.
Berhubung dengan itu, kami ingin menasihatkan agar semua orang sentiasa berhati-hati terhadap tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan kredit ‘peer-to-peer’ Program eMADANI oleh individu yang tidak bertanggungjawab di media sosial.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan telah memberi amaran agar penerima manfaat eMADANI berhati-hati untuk mengelakkan terjebak dalam penipuan ‘scam’, yang boleh menyebabkan mereka kehilangan kredit eMADANI mereka.
“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” menurut kenyataan itu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan telah memberi amaran agar penerima manfaat eMADANI berhati-hati untuk mengelakkan terjebak dalam penipuan ‘scam’, yang boleh menyebabkan mereka kehilangan kredit eMADANI mereka.
Program eMADANI diperkenalkan dengan tujuan mendorong perkembangan ekonomi digital dan mempromosikan kebiasaan pembayaran tanpa tunai.
Inisiatif ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan yang diumumkan dalam kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkuat Rakyat’, dengan menawarkan kredit eMADANI sebanyak RM100.
Inisiatif ini boleh digunakan untuk membeli barang fizikal menggunakan perkhidmatan e-dompet tertentu. Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang menyertai akan memberikan faedah tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Untuk maklumat lanjut berkaitan boleh layari https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI
Baca:
Saintis terbaik dunia warga Palestin maut dibedil Zionis di Gaza
Wabak misteri merebak lagi dari China, dah menjalar ke Amerika Syarikat, ini 7 fakta wajib tahu
Kereta baru lepas ‘overhaul’ terbakar dari bawah, Roy Azman sekeluarga mujur terselamat