Realtime website trackingweb stats

Nak pastikan semua pakaian kering, ikuti 6 tips guna ‘dryer’ dobi musim balik kampung ini

Oleh SHAZLIN AZIZ

Minggu balik kampung ini bermakna banyaklah pakaian mesti dibasuh di mesin dobi dan tentunya perlu elok kering tambahan ketika musim hujan sekarang.

Apapun, kalau guna mesin dobi, kena set masa. Jangan lambat sangat ambil pakaian yang sudah dicuci atau dikeringkan.

Dah siap lambat pickup 5 minit orang boleh sabar lagi. Tapi kalau setengah jam terbiar dalam itu saja, orang lain yang nak guna pun tak boleh.

Kalau dikeluarkan masuk dalam bakul orang lain nak guna mesin, tahu pula marah.

Ikuti perkongsian 6 6tips balik kampung dan guna dryer dobi yang dikongsikan Syukry Hashim ini:

1. Jangan terus letak lebih-lebih duit dalam dryer. Letak basic saja. Selalunya, RM4 untuk 24 minit.

2. On kan dryer tu biar dia pusing. Perhatikan timer tu. Agak-agak dah 10 minit, pause. Ada yang ada button pause, ada yang buka saja.

3. Check baju-baju dan seluar yang kecil-kecil, kain-kain nipis dan t-shirt dulu. Selalunya, ini yang paling senang kering. Keluarkan yang dah kering ni.

4. Sambung balik keringkan baju dan seluar yang tebal-tebal macam sweater dan jeans. Lagi 10 minit, ulang langkah 3.

5. Kalau kali kedua check kering tu masih ada yang lembap sangat, pergi tambah duit dekat mesin dryer tu. Tambah 10 minit lagi. Maksudnya, ada tambahan 14 minit lagi (4 baki yang lama + 10 yang baru).

6. Cukup 10 minit, ulang langkah 3 dan 4. Kalau perlu, ulang langkah 5.

 

Baca :

Yang ada kencing manis kena hati-hati, ketahui waktu terbaik makan buah untuk dapatkan manfaat maksimum 

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang 

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya