Tips Apabila Membuat Rumah Terbuka Raya, Ini Yang Perlu Anda Faham:
1. Tetapkan Bilangan Tetamu
Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah bilangan tetamu yang ingin dijemput.
Jangan terlalu ramai kerana mungkin akan mencetuskan masalah dari segi makanan dan ruang.
Melainkan anda merancang untuk menyewa dewan bagi majlis rumah terbuka anda.
2. Pilih Menu yang Sesuai
Pastikan menu yang dipilih sesuai dengan bilangan tetamu dan waktu majlis.
Jika majlis diadakan pada waktu tengahari, pastikan terdapat hidangan berat seperti nasi, mee, dan sebagainya.
Jangan lupa dengan hidangan khas hari raya seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuih raya.
Selain itu, pastikan ada pelbagai pilihan minuman dari yang sejuk, panas, hingga air kosong!
3. Cipta Suasana Rumah yang Selesa
Kebersihan amat penting untuk mencipta suasana yang selesa.
Pastikan rumah dan kawasan sekelilingnya bersih.
Anda juga boleh menambahkan bean bag di ruang tamu atau sudut yang sesuai untuk tetamu berkumpul bersama.
4. Peralatan Makan
Penting juga untuk memastikan kita mempunyai semua perkakasan yang diperlukan.
Dengan ramainya tetamu yang dijemput, pastikan pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, dan garfu disediakan untuk mereka.
Jika ingin memudahkan kerja dan mengelakkan daripada mencuci pinggan dan mangkuk, anda boleh membeli jenis pakai buang di kedai.
5. Sediakan Tempat Buang Sampah
Ini amat penting untuk menjaga kebersihan persekitaran.
Apabila tetamu selesai makan, mereka pasti ingin membuang sisa makanan. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan tempat sampah.
Letakkan tempat sampah di sudut yang sesuai supaya tetamu mudah membuang sampah.
Langkah ini juga akan memudahkan anda untuk membersihkan selepas acara tamat.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk anda semua.
Terima kasih!
Baca:
Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan
Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi