Makanan rakyat Malaysia kebanyakannya melibatkan tumisan dan gorengan, menyebabkan dapur jenis kaca cepat berminyak dan sukar dibersihkan.
Melalui satu hantaran di Facebook oleh Idel Hayarnulis, beliau berkongsi petua mudah untuk menanggalkan
kesan minyak degil tanpa menggunakan air dan sabun, hanya dengan satu ‘ramuan’ sahaja.
“Ini cara selamat untuk mencuci, tidak perlu risau jika dapur anda pecah atau retak,” ujar Idel.
Proses Pembersihan Permukaan Dapur:
Bahan-bahan:
– Tepung
Langkah-langkah:
1. Tabur tepung pada permukaan dapur.
2. Ratakan dan gosok menggunakan tangan sehingga permukaan dapur menjadi berkilat.
3. Lap menggunakan kain bersih, dan dapur anda akan kembali bersinar seperti baharu.
Maklum Balas Netizen:
“Betul, apa-apa masalah berkaitan minyak boleh diselesaikan dengan tepung. Kalau minyak tumpah di lantai atau terkena pada baju, tabur je tepung, nanti minyak tu akan diserap.”
BACA: Betul ke ‘Power window’ punca tingkap kereta berat? Ramai terlepas pandang ‘benda’ ini