Hasrat untuk membeli dan memiliki rumah kena buat betul-betul jika tidak mahu dibohongi pihak pemaju.
Banyak projek perumahan termasuk di bawah kerajaan bermasalah hingga terbengkalai bertahun-tahun.
Ada yang pembeli terpaksa menanggung hutang bank dan pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan, sedangkan rumah masih tidak diperolehi.
‘Projek sakit’ juga tidak terkecuali berlaku di bawah projek yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) serta Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Ikuti pendapat dan tips amat berguna daripada perunding hartanah, Nazirul Mubin Khalid mengenai risiko membeli rumah ini:
Baru-baru ini kecoh cerita projek sakit dekat Gombak. Jujurnya saya sedih. Tanah Rizab Melayu.
Yang beli Bumiputera. Setakat hari ini, ada dekat 114 projek terbengkalai, 459 projek sakit.
Sekarang, projek ini dah diisytihar projek sakit.
Letak tepi undercon, subsale, lelong. Kita bukan beruk nak bergaduh setiap masa.
Memang dah ditakdirkan undercon takkan bersetuju dengan subsale. Subsale akan memburukkan undercon. Lelong akan merasa terpaling untung.
Memang itu takdirnya. Kena terima. Geng menyewa sekarang tepuk tangan.
“Nasib baik aku menyewa”
Yang buat rumah atas tanah sendiri pula bergantung pada nasib. Doa lebih sikit, rumah siap. Leka sikit, rumah jadi reban.
Tanggungjawab kita sebagai pembeli tahu 100 peratus rumah yang kita nak beli:
1. Tahu harga yang dibeli itu harga patut atau tidak
Dalam kes ini, harga sangat patut. Tiada yang salah dengan harga. Ini projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
2. Tahu rekod pemaju projek
Cari yang boleh dipercayai. Ada pencapaian rekod yang bagus. Banyak projek sakit ini, pemajunya yang bukan-bukan. Tak payah tunggu pilihan raya.
Pemaju yang tidak kompeten ini kalau tukar pengetua sekolah pun silap-silap boleh jadi punca projek terbengkalai.
3. Semak status pemaju di laman web KPKT (TEDUH)
Tengok ‘track record’ mereka. Kalau setakat baru ada 1 projek, tak payahlah.
Pautan untuk semak status pemaju boleh layari di
https://teduh.kpkt.gov.my/project-swasta?state=01
Boleh semak rekod pemaju terbabit sekurang-kurangnya 10 tahun kebelakang. Ini yang saya dan pasukan kami buat.
Jangan sekadar bandingkan dua, tiga projek yang kena dengan belanjawan kita.
Pemilihan hartanah kena betul-betul. Senarai pendekkan 100 projek, pilih 10, beli 1.
Ini yang saya dan pasukan kami buat.
Ejen biar mereka uruskan proses jual beli sahaja.
Tanggungjawab saya untuk mendidik orang kita berhati-hati dalam pemilihan hartanah.
Biar kita untung dengan hartanah ni ‘by design’ bukan ‘by luck’.
Sebarkan. Moga ada manfaat. Jangan ada lagi orang kita teraniaya.
Baca:
Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot
Geram lihat komen ‘What Country Is This’, warga maya nak cari lelaki ini
‘Jangan hukum tanpa fakta’ DBKL sekolahkan netizen tuduh ‘zalim’ isu roboh gerai ikan singgang