Realtime website trackingweb stats

Nak beli kereta second, teliti benda ini untuk tahu usia sebenar kereta, elak kena tipu

Oleh AHMAD ISMAIL

Kenderaan terpakai atau ‘second hand’ sering menjadi pilihan para pengguna remaja untuk mendapatkan model yang mereka inginkan dengan harga yang lebih mampu milik.

Jika bernasib baik, terdapat kenderaan terpakai yang masih dalam keadaan hampir seperti baru kerana ia hanya digunakan untuk tempoh masa yang singkat.

Selain itu, penyelenggaraan yang cermat oleh pemilik sebelumnya juga dapat memastikan bahagian-bahagian dalam kenderaan itu berfungsi dengan baik.

Salah satu cara biasa untuk menilai prestasi kenderaan terpakai adalah dengan merujuk kepada bacaan ‘mileage’ pada meter perjalanan.

Nak beli kereta second, teliti benda ini untuk tahu usia sebenar kereta, elak kena tipu

Dengan cara ini, kita dapat mengetahui jarak yang telah bergerak oleh kenderaan itu sejak pertama kali dibeli hingga hari ini.

Bagaimanapun, bahagian ini boleh diatur semula dan bacaannya akan kembali kepada 0 meter semula.

Dengan cara ini, penjual kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab mungkin akan memanipulasi pembeli untuk membeli kenderaan yang dijualnya.

Untuk mengelakkan daripada ditipu atau dimanipulasi oleh penjual kereta terpakai yang tidak jujur, seorang pengguna TikTok telah berkongsi cara untuk mengenal pasti jangka hayat sebenar kereta, tanpa hanya bergantung kepada bacaan odometer.

Pengguna yang dikenali sebagai Pak Wee (@pakwee_oe) menasihati pengikutnya untuk tidak hanya mempercayai bacaan odometer semata-matanya.

Tambahan pula, kita sepatutnya tidak hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam iklan penjualan oleh penjual.

Sebaliknya, kita perlu melihat kereta yang diiklankan secara langsung sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Oleh itu, Pak Wee memberikan panduan tentang beberapa aspek yang perlu diperhatikan untuk menentukan umur sebenar kereta terpakai.

Kita perlu memeriksa bahagian plastik dan getah yang terletak di bawah kap kereta.

Bahagian bonet menyimpan beberapa komponen penting dalam kereta seperti radiator, bateri, dan lain-lain.

Biasanya, bahagian ini diperbuat daripada getah dan plastik.

Jika kereta itu sudah lama digunakan, kedua-dua bahan ini akan menjadi keras dan mungkin memudar warnanya.

Pengguna perlu memeriksa keadaan kaburator dan radiator.

Tahap kebersihan bahagian-bahagian ini menunjukkan umur sebenar sebuah kenderaan.

Jika bahagian kaburator dan radiator kelihatan kotor dengan kesan berwarna hitam, kemungkinan besar kereta tersebut telah digunakan dalam tempoh masa yang lama.

Bagi mereka yang berada dalam situasi ini, Pak Wee mencadangkan untuk mencari kenalan yang mahir dalam membaiki kereta.

Biasanya, juruteknik automotif akan memberikan nasihat terbaik kepada pengguna, terutamanya mengenai perkara yang perlu diambil kira apabila membeli kereta terpakai.

Anda juga boleh memberi upah kepada mereka untuk pergi memeriksa kereta terpakai bersama-sama.

Ini kerana, juruteknik automotif lebih berpengalaman mengenai ciri-ciri yang perlu dielakkan semasa membeli sebuah kereta terpakai.

@pakwee_oe Beli kereta 2nd, mcm mne nk tau milage tinggi ke x🤕🤕🤕 #pakwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #fyp #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok #batugajah #batugajahperak #makwee #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #fypmalaysiaviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok #milage #kereta2ndhand #triton #belikereta #belikeretaterpakai #belikeretataktengokkereta ♬ original sound – PakWee

Baca:

Selama ni asyik kecut, rupanya ada rahsia masak sotong supaya nampak besar dan segar

Pengasas burger cerita pernah ‘curi’ daging, ayam makmal bagi kawan-kawan makan

Banyak kes jubin lantai meletup, pastikan buat ini dahulu sebelum pasang