Realtime website trackingweb stats

Nak ayam buttermilk sedap macam di restoran? Wajib taruh sesudu kecil perahan jus ini

Oleh FATIN AQILAH

Ada resepi mudah dikongsikan oleh Ila Najwa untuk menghasilkan masakan ayam buttermilk yang lebih sedap.

Hidangan yang sangat senang dan ringkas ini boleh dijadikan juadah untuk makan tengah hari mahupun makan malam.

Lain orang, lain cara masakannya. Apapun, resepi daripada Ila Najwa boleh dicuba:

Nak ayam buttermilk sedap macam di restoran? Wajib taruh sesudu kecil perahan jus ini

CARA MASAK AYAM BUTTERMILK LEBIH SEDAP

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada, dipotong kecil
  • Tepung serba guna, apa jua jenama untuk salutan
  • Mentega
  • Bawang putih, dicincang
  • Cili api, dicincang
  • Daun kari
  • Susu cair
  • Sedikit perahan jus lemon (bahan penyedap buttermilk)

Cara-cara memasak:

1. Salut potongan ayam bahagian dada dengan tepung serba guna. Pastikan ayam diselaputi tepung secara merata.

2. Panaskan mentega dalam kuali atau penggorengan. Goreng ayam yang telah disalut tepung sehingga keemasan dan masak sepenuhnya. Angkat dan letakkan di tepi.

Nak ayam buttermilk sedap macam di restoran? Wajib taruh sesudu kecil perahan jus ini

3. Dalam kuali yang sama, tambahkan sedikit mentega jika perlu. Tumis bawang putih, cili api, dan daun kari sehingga harum dan bawang putih menjadi keemasan.

Nak ayam buttermilk sedap macam di restoran? Wajib taruh sesudu kecil perahan jus ini

4. Masukkan susu cair ke dalam kuali dan biarkan ia mendidih. Pastikan untuk mencampurkan semua bahan dengan baik.

5. Tambahkan potongan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali dan biarkan masak dalam kuah sehingga semua bahan menyatu dengan baik.

6. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Sedikit saja ya. Inilah tip supaya ayam buttermilk makin sedap. Kuahnya ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Kemudian kacau dan boleh tutup api.

7. Betulkan rasanya mengikut selera. Anda boleh menambah garam atau lada hitam jika diperlukan.

8. Sajikan ayam buttermilk panas dengan nasi atau hidangan pendamping pilihan anda.

Kredit: Ila Najwa

Baca:

Tidak perlu beli lagi, ini tips menjadi semai daun sup

Ikan ‘frozen’ lebih tinggi khasiat berbanding yang segar

Rimas rambut gugur dan menipis, boleh amal 5 langkah ini, nombor 3 tu kena bersabar ambil masa