Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka bijak dan memasuki universiti seawal usia 12 tahun seperti kanak-kanak tular,
Izz Imil Shahrom, yang diterima masuk ke Universiti Malaya untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Perkara ini bukan mustahil, dan golongan ibu boleh mencuba amalan ini walaupun bayi masih dalam kandungan.
Menurut Public Health Malaysia, tidur yang mencukupi bukan sahaja penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan.
Menerusi perkongsian mereka, organisasi ini menyatakan bahawa kurang tidur ketika mengandung berisikomenyebabkan anak lambat untuk bercakap.
“Nak anak pandai dan masuk universiti pada umur 12 tahun. Tapi tidur jam 12 tengah malam dan bangun pada 6 pagi.
“Kajian terbaru yang diterbitkan dalam ‘Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism’ mendapati ibu yang tidur kurang dari tujuh jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan.
“Kajian ini melibatkan lebih 7,000 ibu dan anak, dan hasilnya menunjukkan anak lelaki lebih terkesan,” kata Public Health Malaysia lagi.
Platform kesihatan itu menyatakan kebiasaannya ibu mengandung sukar untuk tidur disebabkan perubahan hormon, kerap ke tandas, atau rasa tidak selesa.
“Ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, yang seterusnya boleh menjejaskan perkembangan otak anak dalam kandungan.
“Data menunjukkan bahawa ibu yang tidur cukup mempunyai anak dengan perkembangan yang lebih baik, terutama dalam kemahiran sosial dan percakapan,” katanya.
Public Health Malaysia memaklumkan bahawa untuk mengelakkan risiko itu, ibu hamil disarankan untuk menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.
BACA:Â Dengan hanya menghantar barang kepada penduduk sebuah pulau, lelaki raih pendapatan RM 22k sebulan