Realtime website trackingweb stats

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang

Oleh ADINDA

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang.

Jangan tak tahu, 51 tahun lalu, pernah berlaku nahas menyedihkan melibatkan feri karam di Sungai Kerian, Perak yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu.

Tragedi pada pada pagi 13 September 1972 itu, mengorbankan 17 murid Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar, lapan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian dan dua orang awam.

Salah seorang yang terkorban ialah pemandu feri, S Annamalai, yang sanggup mempertaruhkan nyawa membantu menyelamatkan tujuh pelajar tanpa mengira bangsa serta agama.

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang

Mendiang S Annamalai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana terlalu letih setelah berhempas pulas menyelamatkan pelajar Cina sewaktu feri itu sedang karam.

Dalam kejadian di sempadan negeri Perak dan Kedah itu, hujan turun dengan lebatnya dan arus sungai sangat kuat hingga menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus.

Tapak yang menjadi saksi kejadian berlakunya peristiwa hitam itu adalah di tapak Taman Pinggiran Sungai Kerian.

Terdapat binaan memorial peringatan dibina di taman perumahan itu sempena mengenang nahas Feri Karam Sungai Kerian.

Anak lelaki mendiang, A Perumal, 74, dilapor Bernama, beliau dan keluarganya masih sedih apabila mengenangkan pemergian ayahnya yang sentiasa dikenang dengan kisah keberaniannya.

“Tipulah kalau tidak sedih bila terkenang. Waktu kejadian saya berumur 23 tahun dan sudah bekerja. Ada orang maklumkan ayah sudah tiada selepas tenggelam ketika selamatkan orang lain.

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang

“Saya terharu kerana ramai bagi sumbangan termasuk seorang ahli perniagaan yang memasukkan duit setiap bulan kepada kami kerana mengenang jasa dan pengorbanan ayah,” katanya, lapor Bernama.

Kelmarin, genap 51 tahun peristiwa menyayat hati ini berlaku yang tercatat sebagai antara peristiwa hitam dalam sejarah negara tetapi menggambarkan putihnya nilai hidup masyarakat Malaysia.

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang

Selamat Hari Malaysia!

Baca:

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul

Lelaki kongsi tips betul jika nak jimat elektrik, bil turun dari RM300 ke RM50

Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’