Realtime website trackingweb stats

Nadir dituntut perjelas duit sumbangan RM20 juta diterima setiap tahun

Oleh ADINDA

Menerusi sesi live petang tadi, pendakwah terkenal, Ebit Lew turut meminta Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk rakyat Palestin.

Ebit bertanya mengenai perkara tersebut selepas beliau didakwa menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Kata Ebit lagi, beliau dan pasukannya ke sana menggunakan duit sendiri dan tiada satu tabung Gaza dibuka untuk misi kemanusiaannya itu.

Ramai yang maki saya dan ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Sepertimana semua tahu, yang kumpul duit kutipan rakyat Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Nadir.

Ebit Lew dan Nadir Al-Nuri duduk bersama ketika Ebit baru sampai di Gaza baru-baru in

Dalam satu program live, Nadir didakwa pernah berkongsi sejumlah RM20 juta telah dikumpul hasil sumbangan dan kebaikan rakyat Malaysia kepada Palestin.

“Jadi dia tanya saya, patutnya soalan tu dituju kepada beliau dan dia yang patut terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya sebenarnya, tapi ada yang maki saya”, kata Ebit.

“Ada dalam Live, dia beritahu dapat RM20 juta. RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.