Realtime website trackingweb stats

Nadir bentang laporan kewangan menjawab dakwaan terima RM20 juta setiap tahun

Oleh ADINDA

Menerusi Townhall Cinta Gaza yang disiarakan secara langsung di Facebook sebentar tadi, Nadir Al-Nuri menjawab dakwaan kononnya Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerima sumbangan hampir RM20 juta setiap tahun daripada rakyat Malaysia bagi meringankan derita Palestin disifatkan sebagai tidak benar dan kurang relevan.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman itu berkata, sumbangan hampir RM20 juta itu hanya diterima pihaknya jika berlaku peperangan dan bukannya pada setiap tahun.

“Kita bukan setiap tahun dapat RM20 juta,(dakwaan) itu sesuatu yang tidak baik apabila kami dilontarkan andaian tersebut seolah-olah mendapat duit yang banyak dan bila mahu menggunakannya.

“Tuduhan RM20 juta itu salah, namun saya tidak salahkan sesiapa kerana ia dibuat berlandaskan kejahilan terhadap sesuatu tempat,” katanya pada sesi Facebook Live sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan orang ramai yang mempersoalkan ke mana perginya sumbangan RM20 juta yang berjaya dikumpul CGM sebelum ini.

Katanya, sumbangan hampir RM20 juta itu berjaya dikumpul CGM apabila berlaku peperangan sahaja dan ia bukanlah berlaku pada setiap tahun seperti yang didakwa sebelum ini.

 

“Apabila disebut ada perang, dapat RM20 juta, tetapi perang tidak berlaku setiap tahun, macam mana nak dapat sumbangan RM20 juta pada setiap tahun.

“Kalau ada RM20 juta, kami tidak perlu duduk di Gaza yang terputus elektrik, hanya ada bekalan elektrik lapan jam sehari saja selain berdepan masyarakat yang ketuk pintu bagi meminta bantuan dan bermatian-matian keluar, masuk Gaza hingga terlepas acara istimewa keluarga,” jelasnya.

Menerusi Facebook Live itu juga disebut CGM berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka laporan kewangan CGM dihantar kepada ROS setiap tahun sejak 2015 hingga 2019 yang dibuat oleh auditor dalaman.

Manakala laporan untuk tahun 2020 belum dihantar kerana mereka akan menggunakan khidmat juruaudit luar berbanding sekarang juruaudit dalaman dan mengikut peruntukan akta.

Turut dijelaskan berkenaan kos pengurusan yang diguna oleh CGM yang mana pada awal penubuhannya tidak melebihi 1% iaitu sekitar 0.2% sahaja.

Tetapi setelah jumlah sumbangan meningkat, mereka melantik pengurusan profesional dan perbelanjaan pengurusan dalam mneingkat kepada 3% untuk 2019.

Persatuan Cinta Gaza juga berkongsi laporan penuh yang disediakan dan boleh dimuat turun di link yang disediakan

1) Laporan Kewangan
Penyata Kewangan 2018
Penyata Kewangan 2019

2) CGM Organisation Profile 2021