Keropok lekor ialah makanan tradisional yang dihasilkan daripada campuran isi ikan laut, tepung sagu, dan garam.
Makanan ringan ini sebenarnya mudah untuk dibuat, terutamanya
jika anda mencuba resepi daripada saudara Zaky Mat Ali.
Jika anda mencari hidangan ringan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga pada waktu petang,
keropok lekor adalah pilihan yang sempurna! Jom ikuti resepi keropok lekor di bawah ini dan cuba sendiri di rumah.
Siapa suka makan Keropok Lekor?
Resepi Keropok Lekor yang sangat mudah!!!!!!
-1kg Ikan Selayang yang Segar
-300 gram Tepung Sagu
-150ml Air Sejuk dari Peti
-2 sudu kecil Garam
Caranya
1. Asingkan Isi Ikan dari tulangnya.
2. Kisar Isi Ikan dan Garam bersama air.
3. Uli bahan kisar bersama Tepung Sagu.
4. Bentukkan doh memanjang. Taburkan Tepung Sagu supaya tidak melekat.
5. Rebus Keropok Lekor sehingga terapung.
Resepi Sos
Bahan-bahan:
– 1 cawan gula merah
– 3 sudu makan lada kisar
– Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
– 2 gelas air
Cara Membuat:
1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama Keropok Lekor.
BACA: Selepas difatwakan haram, Yang di-Pertua negeri Melaka tarik gelaran Datuk milik Ceo GISBH