Murid tengah jawab exam, guru agama tertangkap syok layan porno dalam fon. Bayangkan, sosok seorang guru agama yang berilmu dan disegani oleh ramai anak muridnya berselindung di sebalik lilitan serban.
Tular rakaman mempamerkan seorang guru lelaki dipercayai mengajar mata pelajaran agama menonton video lucah di telefon bimbit.
Menerusi video itu, guru yang memakai serban berwarna putih tersebut dilihat khusyuk menonton video lucah di telefon bimbit.
Bukan hanya satu, dia kemudian scroll video-video lain dan menonton satu lagi porno dipercayai dihantar di group Whatsapp.
Dalam pada itu, anak muridnya dilihat seperti sedang fokus menjawab kertas peperiksaan dan dia selaku guru yang menjaga bilik darjah tersebut seronok melayan video lucah seorang diri.
Video dikongsikan di Twitter itu meraih perhatian ramai warganet yang mengutuk kelakukan guru tersebut apatah lagi kerana dia membawa imej orang alim.
Bagaimanapun, video itu dikatakan merupakan rakaman pada tahun 2021 dan berlaku di Indonesia namun ia dimuat naik semula oleh pengguna Twitter.
Meskipun itu video pada dua tahun lepas, namun ia membuktikan bahawa sesetengah orang menggunakan agama dan pemakaian sebegitu untuk mengaburi orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah