Realtime website trackingweb stats

Mulanya melancong akhirnya kahwin di Turkiye, kisah Mek Klate ini jadi inspirasi ramai mahu cari jodoh di luar negara

Oleh AHMAD ISMAIL

Sudah jodoh seorang wanita berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan ini bersuamikan warganegara Turkiye yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.

Mereka sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 27 September lalu hanya berkenalan tidak sampai pun tiga bulan. Betul-betul dipermudahkan segala urusan.

Kisah Nur Eliani Mohd Asmadi, 30, yang dikongsikannya di TikTok mendapat perhatian dan komen positif hingga ada nak jadikan pengalaman beliau sebagai inspirasi.

Eliani menceritakan mulanya niat asal beliau ke Istanbul pada 2021 untuk melancong tetapi ajakan seorang rakan mendorongnya terus menetap di negara itu dengan menjadi pemandu pelancong.

Mulanya melancong akhirnya kahwin di Turkiye, kisah Mek Klate ini jadi inspirasi ramai mahu cari jodoh di luar negara
NUR Eliani dan Recap Karacay diijabkabulkan pada 27 September lalu.

Satu hari, beliau berkenalan di sebuah kafe dalam pertemuan tidak dirancang dengan lelaki warga tempatan, Recep Karacay, 23.

“Saya suka lepak minum dan mengunjungi mana-mana kafe pada hari tak bekerja untuk ‘mengopi’.

“Pada satu hari, saya ke sebuah kafe dan minum macam biasa dan kebetulan, dia kerja di situ sebagai juruwang.

“Waktu nak bayar, dia minta Instagram (IG) saya dan hantar mesej untuk ajak keluar cuma saya tak balas malah banyak mengelak.

“Sampai satu hari, saya ajak seseorang pergi sarapan, tetapi tiada rakan ber kelapangan jadi cuba ajak suami dan dia setuju.

“Seingat saya pada 17 Jun lalu dan itu kali pertama kami keluar bersama dan bersembang,” kata Nur Eliani.

Beliau memberitahu, suaminya enggan berkawan lama dan ajak berkahwin kerana mahu segera menghalalkan hubungan mereka.

“Saya terima suami kerana nampak dia seorang yang mementingkan agama dan menjaga solat.

“Dia (suami) tak suka dating, bagi dia berdosa jadi pada hari dia ajak kahwin, saya terus hubungi ayah.

“Ayah setuju cuma dia tanya latar belakang suami dan minta gambar namun emak sebaliknya apabila minta saya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan kerana bimbang banyak masalah di kemudian hari nanti.

“Berkat restu ibu bapa, kami bernikah pada 27 September cuma keluarga tak dapat datang kerana adik pun nikah bulan ini jadi tak sempat.

“Sedih dan waktu buat panggilan video ketika akad nikah, saya nampak ayah sebak, tapi bersyukur kerana semua berjalan lancar daripada awal hingga akhir majlis,” katanya.

Menceritakan cabaran berkahwin dengan lelaki warga asing, Nur Eliani berkata, suaminya seorang yang romantik dan dia tiada masalah menyesuaikan diri dengan pasangan serta keluarga mentua.

Hanya dugaannya pada masa ini ialah daripada segi bahasa memandangkan suaminya tidak berapa fasih bahasa Inggeris.

Oleh sebab itu, mereka banyak berkomunikasi melalui Google Translate.

“Tak ada masalah kahwin dengan lelaki warga asing cuma cabaran saya

“Tapi ada hikmahnya juga kerana ada kalanya nak bergaduh mulut, tapi tak jadi kerana suami tak faham apa saya katakan,” katanya.

Seperti pasangan lain, Nur Eliani juga berharap perkahwinannya diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

Baca:

Jadi penaja program realiti tapi tak ‘over’ macam Datuk Vida, rupanya Wawa nak menari pun segan

Bakal jejak usia 40 tahun, rupanya Zizan cukup jaga pemakanan, target badan ‘sado’ tahun depan

Budak lelaki maut didera teman lelaki ibu, seluruh tubuh cedera teruk termasuk bahagian ‘itu’ amat mengejutkan