Realtime website trackingweb stats

Mulakan persediaan sahur selepas solat Tarawih, bangun je terus masak, tidaklah letih sangat, boleh cuba cara ini nanti

Oleh ABDULLAH HAMID

Waktu sahur memang tambah meletihkan bagi kaum ibu apa lagi bagi yang berkerja.

Mereka lazimnya perlu bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur buat seisi keluarga.

Kadang memang ‘wajib’lah kaum Hawa banyak membebel kerana mereka bukan sahaja perlu ke dapur waktu sahur malah kena pastikan suami dan anak-anak bangun dan sempat bersahur, bersolat dan seterusnya menyiapkan anak-anak ke sekolah.

Mulakan persediaan sahur selepas solat Tarawih bangun je terus masak tidaklah letih sangat boleh cuba cara ini nanti 01

Punyalah sibuk si ibu seawal jam 4 pagi lagi maka perancangan awal bagi menyediakan juadah bersahur perlu dilakukan.

Langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan merancang resipi yang akan dimasak sepanjang minggu.

Lakukan sedikit kajian ringkas dan senaraikan resipi yang sesuai dari segi masa penyediaan selain memenuhi cita rasa seisi keluarga.

Dalam masa sama, perancangan menu secara terperinci boleh membantu dari segi mengatur pembelian barang makanan juga penyediaan bahan masakan supaya tidak kelam-kabut ketika hendak memasak.

Catatkan resipi dan barangan keperluan memasak yang hendak digunakan bukan sekadar lekat di ingatan.

Pembelian keperluan memasak seperti sos, rempah-ratus dan bahan kering boleh dibeli lebih awal.

Untuk mengekalkan kesegaran bahan basah, amalkan membeli barangan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bungkus dan simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk. Perancangan teliti ini dapat mengelakkan pembaziran.

Bagi Salina Hassan yang bekerja dan juga ibu kepada dua cahaya mata, persiapan awal dan terperinci adalah rutin penyelamatnya sepanjang Ramadan.

“Saya selalu memulakan persediaan sahur selepas solat Tarawih dengan mengemas dapur dan seterusnya membuat persediaan bahan untuk dimasak bersama anak-anak.

“Selalunya masa penyediaan dan mengemas dapur mengambil masa lebih lama berbanding proses memasak.

“Oleh itu, saya membersihkan dan memotong bahan basah terlebih dulu sebelum tidur, kemudian menyimpannya dengan teratur dalam bekas mengikut resipi yang dirancang.

“Ketika bangun untuk bersahur, saya boleh terus memasak dan ia memang cepat. Memerap bahan semalaman adalah satu amalan yang dapat menambah rasa dan kelazatan kerana sos dapat diserap sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Salina turut mengakui dia ada mengamalkan ‘jalan pintas’ seperti memasak untuk sahur pada waktu petang sebelumnya.

Baca:

Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka

Nampak je makan sayur tapi khasiat hilang, ini 5 cara masak sayur yang dapat kekalkan zat

‘Isteri tak nak sarapan sebab simpan perut…’, lelaki ini kongsi menu istimewa guna pinggan bunga kangkung ‘lejen’